BIASANYA individu bertubuh besar sering dikaitkan dengan masalah bau badan, terutamanya selepas melakukan aktiviti lasak yang mengeluarkan peluh.
Di Thread, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi pesanan yang dianggap kurang sesuai terhadap golongan bertubuh besar.
Dalam hantaran itu, dia menasihati golongan tersebut agar menggunakan deodoran di bahagian badan lain walaupun produk itu sebenarnya dicipta untuk digunakan di ketiak.
Insan berbadan gempal sering dipandang serong kerana fizikal mereka. -Gambar hiasan
"Untuk orang yang gemuk, tolong pakai deodoran ya. Pakai tu bukan setakat dekat ketiak je.
"Pakai dekat tempat yang korang selalu berpeluh, lagi-lagi celah lemak tu.
"Tolonglah, aku pesan daripada seorang yang gemuk, kepada gemuk-gemuk yang lain," tulis wanita itu.
- Wanita gesa orang gemuk guna deodoran di celah-celah lemak badan.
- Dia saran deodoran turut dipakai di bahagian badan yang berpeluh.
- Wanita gempal itu kongsi petua berdasarkan pengalaman sendiri.
- Beberapa individu berbadan gempal turut kongsi petua.
- Netizen kata orang kurus juga alami masalah bau badan.
Di ruangan komen, beberapa lagi individu berbadan besar berkongsi tip bagi mengelakkan masalah bau badan.
"Macam bau masam-masam, hangit kepam gitu. Macam peluh dah 'menapai' kat situ. Mandi kena sental dengan net. Lepas tu losyen, body oil, deodoran dan bedak.
"Saya sebagai orang gemuk nak nasihat, kencing tu, lepas cebok lap guna tisu supaya tak naik bau kepam," tulis seorang lagi wanita.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau 70kg pun, ada masalah ke?” - Pelajar praktikal sakit hati bos asyik ‘body shaming’, hina bentuk fizikal staf
ARTIKEL BERKAITAN: Macam mana nak kerja kalau diri sendiri tak terurus? Rupanya ramai tak percaya pada pekerja gemuk!
Namun, beberapa netizen yang lain tidak bersetuju dengan perkongsian berkenaan sedar kerana individu kurus juga boleh mengalami masalah bau badan.
"Bukan orang gemuk je ketiak busuk. Saya pernah bau ketiak orang kurus juga. Bukan sebab lemak je, mungkin sesetengah disebabkan hormon.
"Aku gemuk juga. Tak pernah pakai deodoran celah pelipat. Pakai kat ketiak je. 20 tahun kahwin, suami selalu cakap aku wangi.
Netizen berkata orang kurus juga berdepan masalah bau badan. -Gambar hiasan
"Percaya tak saya ada beberapa kawan obesiti tapi tiada bau ketiak? Ramai yang kurus pun ketiak hapak.
"Nasihat yang bagus. Tapi jangan tuju pada yang gemuk je. Orang kurus pun ada bau tengik," tulis beberapa netizen.