MENGHITUNG hari menjelang majlis perkahwinan sepatutnya menjadi saat menggembirakan buat bakal pengantin.
Namun, seorang wanita di aplikasi Thread meluahkan rasa bimbang apabila timbul satu masalah menjelang hari bahagianya.
Menurut wanita itu, dia dalam dilema selepas ibu saudaranya mahu 'menumpang' acara akikah pada hari persandingan.
Bakal pengantin sepatutnya gembira menanti majlis perkahwinan mereka. -Gambar hiasan
"Majlis sanding saya bermula tengah hari. Waktu pagi tu, ibu saudara nak tumpang untuk majlis akikah anak dia.
"Dia akan masak dan panggil tetamu datang makan. Macam mana saya nak kawal supaya tetamu dia tak ganggu waktu majlis saya?
"Senang cerita, (supaya) tetamu makcik saya tak 'sakau' apa yang saya prepare," tulis wanita itu.
- Wanita risau makcik tumpang majlis akikah pada hari sanding.
- Akikah pagi, sanding tengah hari di rumah nenek.
- Takut tetamu makcik ganggu dan ambil barang majlis sanding.
- Semua kos ditanggung pengadu, makcik hanya masak lauk.
- Netizen cadang akikah dibuat lepas Asar.
Tambah pengadu, dia tidak mempunyai cara untuk menolak idea itu kerana dua majlis tersebut akan dibuat di rumah neneknya.
"Saya tak berkira langsung. Malah, makcik saya juga yang akan masak lauk pengantin. Kami rewang. Saya stres dan paranoid untuk benda yang tak boleh kawal.
"Kalau dia kata dia nak masak dan prepare for her pax, okay la. Lauk tak habis (majlis akikah) boleh tambah di majlis saya kan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin stres teruk, muka berjerawat! Majlis dah dekat adik beradik tak ambil kisah, tunang langsung tak bantu
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu malu ditegur di majlis kahwin sebab bersolek kalah pengantin! Tujuan mekap tebal cuma nak tutup cela wajah
"Tapi saya risau tak cukup sudu, garfu, minuman dan goodies. Tak cukup tempat duduk ke. Khemah dan benda lain 100 peratus (guna) duit saya.
"Dia datang untuk nak masak lauk je. Benda lain tak ada pula dia cakap nak sediakan," luahnya lagi.
Susulan perkongsian itu, ramai pengguna Thread turut berkongsi pandangan mereka tentang situasi yang dialami pengadu.
Tuan rumah perlu menyediakan makanan secukupnya untuk tetamu yang dijemput. -Gambar hiasan
"Suruh dia buat (akikah) lepas Asar. Jangan bagi guna sebelum pengantin guna.
"Kenapa nak tumpang buat majlis dekat majlis orang? Boleh je kan buat asing-asing?
"Saya berani cakap lepas akikah dia takkan sempat nak kemas atau bersihkan apa-apa sepah yang tetamu dia buat," tulis netizen.