suria

Dah 4 tahun bercinta, ibu teman lelaki desak putus... Idam menantu berkerjaya bagus untuk anak teruna kerja kilang

Elakkan daripada meneruskan hubungan dengan bakal keluarga mentua yang toksik. -Gambar hiasan

SEORANG wanita berkongsi pengalaman hubungannya bersama seorang pemuda yang sudah terjalin hampir empat tahun namun tidak direstui keluarga pihak lelaki.

Menurut wanita itu, ibu lelaki itu pernah menghubunginya dan meminta mereka berpisah kerana menganggap dirinya perempuan tidak bermaruah.

Wanita berkenaan turut mendakwa ibu kekasih mempunyai menantu pilihan sendiri, namun anak lelakinya enggan menuruti permintaan tersebut.

Kata-kata kasar orang tua boleh memberi tekanan. -Gambar hiasan

"Saya dapat rasa yang keluarga dia tak berapa suka saya. Ada sekali ni, saya nak sambung belajar. Mak dia hubungi saya suruh kami putus.

"Mak dia cakap saya ni perempuan tak ada maruah. Mak dia ada menantu pilihan sendiri tapi anak dia tak nak.

“Ibu dia nak menantu bekerjaya, sedangkan anaknya kerja kilang sahaja tapi ibu dia sangat ‘high demand’,” jelasnya.

Katanya lagi, dia tidak pernah menghina keluarga mahupun lelaki itu walaupun hanya bekerja di sebuah kilang yang tidak dinyatakan lokasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua cemburu menantu beli emas, bercuti 'overseas'... Suruh guna duit untuk kerap balik kampung, dapat pahala jenguk orang tua

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua dimaki ‘bodoh’ masa berbuka, wanita baru faham kenapa suami nak jadi lebih baik daripada bapa

Namun keluarga lelaki tersebut termasuk si abang sering merendah-rendahkan dirinya mendesak supaya hubungan mereka ditamatkan.

"Mak dia nak menantu yang berkerjaya saja tapi anaknya kerja kilang je. Tapi mak dia, tinggi betul permintaan. 

"Saya tak pernah hina keluarga dan anak dia tapi mak, ayah dan abang dia hina saya dan keluarga saya teruk sangat.

"Abang dia pernah hubungi saya sampai maki-maki suruh kami berdua putus dan saya pun cakaplah (melawan) lebih kurang balik," jelasnya.

  • Seorang wanita dedah hubungan hampir empat tahun tak direstui keluarga teman lelaki.
  • Ibu kekasih pernah minta mereka berpisah serta menghina dirinya sebagai perempuan tak bermaruah.
  • Keluarga lelaki termasuk abangnya turut merendahkan dan mendesak hubungan ditamatkan.
  • Netizen menasihatinya agar tidak terjebak dengan keluarga mentua yang toksik.
  • Walaupun mahu berpisah, wanita itu masih keliru kerana lelaki tersebut terus menghubunginya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan wanita itu agar tidak terus terjebak dalam hubungan sebegitu.

Ramai yang bimbang masa depannya akan dipengaruhi keluarga mentua toksik sepanjang hidup bersama.

"Bagus Allah dah tunjuk awal-awal awaknya. Baik sedih putus cinta sekarang dari gila nak melayan bakal mak mentua tu.

"Ada banyak lagi peluang lain dalam dunia ni, janganlah takut putus yang ni nanti selamanya tak kahwin.

Beberapa netizen memberikan pendapat.

"Baiklah awak single daripada masuk famili toksik kan? Kalau lelaki tu tak nak putus jadi lantaklah dia. 

"Awak bukan hamba dia tak boleh pergi. Nanti menyesal tak sudah lepas dah kahwin," komen salah seorang netizen.

Difahamkan, wanita itu sudah membuat keputusan untuk menamatkan hubungan namun kekasihnya masih menghubunginya dengan panggilan 'sayang'.

Wanita berkenaan turut meluahkan rasa keliru sama ada dia perlu memutuskan hubungan secara sepenuhnya atau sebaliknya.

Artikel Lain