SETIAP individu yang bekerja perlu menjaga adab dan tingkah laku serta tertakluk kepada peraturan syarikat.
Sekiranya aspek ini diabaikan, ia mampu menjejaskan reputasi dan nama baik organisasi terutamanya jika melibatkan urusan dengan pelanggan.
Menerusi laman Threads, seorang wanita berkongsi tentang sikap juruwang yang ditemui ketika berkunjung ke sebuah premis.
Dia mendakwa pekerja tersebut melayan buruk seorang pelanggan di kaunter pembayaran, hanya kerana tidak memiliki wang kecil untuk membayar barang yang dibeli.
Kerjaya sebagai juruwang memerlukan kesabaran tinggi. -Gambar hiasan
"Kesian akak depan aku masa bayar tadi. Dia bagi RM50, sebab baru keluarkan dari ATM dia kata, jadi tak ada duit kecil lain," dia memulakan cerita.
Seolah-olah menjadi suatu kesalahan, juruwang terbabit didakwa mengeluarkan kata-kata sinis terhadap pelanggan tersebut.
"Tapi juruwang ni tekan-tekan (paksa) dia kata, Tak ada duit kecil ke? Seringgit atau syiling dengan muka h**** j**** dia. Geram je aku," ujarnya.
Individu ini berkata, dia berasa simpati dengan 'kakak' di hadapannya tetapi mempunyai kekangan sendiri untuk membantu.
"Aku nak tolong, tapi tak ada cash. Lepas tu, terpaksa akak tu beli ubat gigi dekat belakang tu sebab nak cukupkan duit.
"Bahagialah mangkuk ayun tu sebab dapat kejar KPI dia tu. Mana tau baki beli barang tadi akak tu nak beli benda lain ke? Dah tak boleh," dakwanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Anak dicemuh bawa syiling beli roti dan sardin, juruwang merungut kena kira setiap sen... Ibu tahan sabar demi bekal sekolah
ARTIKEL BERKAITAN:Juruwang tak ada duit baki RM1.05, pelanggan tak puas hati diberi ganti 2 biji gula-gula... 5 sen buat-buat lupa!
Tidak terhenti setakat itu, tanpa diduga dirinya turut berdepan nasib hampir serupa.
"Memang diaorang (premis) tak ada sediakan duit kecil ke? Kedai besar, lepas tu giliran aku nak asingkan bil sebab ada barang office, dengan muka p**** dia kata, Tak boleh, nanti KPI turun.
"Lah, tak boleh cakap elok-elok ke? Semoga cashier ni kena buang kerja, sebab cashier sebelum ni elok je. Geram aku," katanya.
Meskipun begitu, dia sama sekali tidak berniat untuk memukul rata kesemua mereka yang bekerja sebagai juruwang bersikap sedemikian.
"Cashier ni ada je yang okay layan pelanggan, tapi cuma ada yang segelintir tu yang buatkan kita geram.
- Seorang individu kongsi sikap seorang juruwang ketika dia berkunjung ke sebuah premis.
- Juruwang didakwa 'menekan' pelanggan di kaunter gara-gara tiada wang kecil.
- Akibatnya, pelanggan wanita itu terpaksa beli barangan yang lain yang tak diperlukan.
- Dia turut mendakwa dilayan buruk apabila meminta mengasingkan bil atas alasan mengganggu target jualan.
- Netizen berpandangan ramai staf lebih pentingkan pencapaian syarikat berbanding kepuasan pelanggan.
"Kesian akak tu, kurang ajar betul. Macam kita ni nak minta sedekah pula dekat dia, padahal pergi sana untuk membeli.
"Kita sebagai customer bukannya nak minta layanan macam raja, cuma nak adab tu. Tak salah layan customer elok-elok, lainlah customer tu kekurangan adab," katanya lagi.
Menjengah ruangan komen, netizen berpendapat bahawa urusan jual beli berlaku secara dua hala.
"Kalau kena dekat saya, saya cancel terus semua barang. Biar satu apa pun tak dapat. Kebanyakan staf sini makin kurang ajar, nak kejar KPI punya pasal," kata seorang netizen.
Komen netizen
Sementara itu, ada seorang individu tampil menceritakan pengalaman orang terdekat yang pernah bekerja di salah satu cawangan syarikat berkenaan.
"Adik ipar saya kerja situ kena 'tekan-tekan' untuk capai target, kadang kerja lebih masa. End up, dia tak dapat pun bayaran lebih masa (overtime) tu. Sebulan je mampu bertahan.
"Kesian tengok, dipaksa customer untuk beli macam-macam demi capai target sales setiap hari.
"KPI dia turun. Masalah dia ke, masalah customer? Apa hal beban dia, customer pula kena pikul," antara perkongsian warga Threads.