SEGELINTIR individu bagaikan tiada rasa malu apabila selamba berkongsi rahsia atau kisah gelap mereka di media sosial.
Di aplikasi Threads, tular tangkap layar seorang wanita yang mengaku pernah terlanjur sebelum dia mendirikan rumah tangga.
Lebih mengejutkan, wanita itu turut mendedahkan jumlah lelaki yang pernah menidurinya ketika dia masih bujang.
Isteri tidak sepatutnya berahsia dengan suami. -Gambar hiasan AI
"Aku tengah baring, jadi aku pun buatlah body count. Rupanya dah 18 orang tanpa aku sedar.
"Siap Jepun punya tour guide pun aku pernah (terlanjur). Aku baru kahwin. Doakan aku bahagia," tulis wanita itu.
Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan suami yang baik dan banyak memberi bimbingan dalam menjalani kehidupan selepas berumah tangga.
- Seorang wanita tular selepas mengaku pernah terlanjur sebelum berkahwin.
- Wanita itu mendakwa pernah tiduri 18 lelaki, termasuk seorang tour guide dari Jepun.
- Dia bersyukur dikurniakan suami yang baik serta banyak membimbingnya untuk berubah.
- Walau sudah berubah, ramai netizen kecam tindakan wanita itu berkongsi kisah silamnya secara terbuka.
- Netizen turut simpati terhadap suaminya serta mengecam wanita tersebut kerana dianggap menutup aib dengan perkahwinan.
"Aku dah berubah dan aku bersyukur sangat dapat lelaki yang sangat baik untuk aku. Banyak benda dia ajar sampai aku berubah," tulisnya lagi.
Di sebalik pengakuannya yang sudah meninggalkan perbuatan maksiat itu, ramai netizen masih tidak berpuas hati dan mengecam wanita tersebut.
Netizen turut bersimpati terhadap suami wanita itu kerana tersilap langkah sehingga mengahwini perempuan yang menjalani gaya hidup bebas.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita resah BF suka cium tangan, pegang paha sambil memandu... Hati tak mahu, tapi takut nak tolak - “Aku risau terlanjur je”
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas terlanjur dengan lelaki berlainan agama, wanita mula risau status anak bakal lahir - “Baby saya Islam, kan?”
"Kesian suami kau dapat bini penzina, sund*l, b*hsia macam kau. Harap balasan akan kena balik dekat kau sebab mempergunakan lelaki untuk tutup aib jijik kau.
"Inilah contoh perempuan kahwin untuk tutup aib kisah lampau. Lepas tu dah bosan, minta cerai, terus dapat 'title' terpaling suci, terpaling queen. Bekas laki pula akan dikecam.
Lelaki bertanggungjawab untuk membimbing isteri dan anak-anak. -Gambar hiasan AI
"18 orang (lelaki) tanpa sedar? G*mpang betul. Kau buat (maksiat) masa tengah kena bius ke?
"Kalau suatu hari nanti kantoi, jangan kau salahkan suami pula," tulis beberapa netizen.