suria

Honda tak terbayar, minta X50 pula! Isteri sedih terbaca mesej mentua 'selfish', mana suami nak 'cekau' duit?

Anak buntu dengan kehendak bapa. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa sedih apabila secara tidak sengaja membaca mesej WhatsApp antara suaminya dan bapa mentua berkaitan isu kereta.

Menurutnya, suaminya kini sudah tidak mampu lagi menanggung bayaran bulanan melebihi RM1,000 bagi sebuah kereta Honda HRV yang digunakan ibu bapanya. 

Suaminya juga berhasrat menjual kenderaan itu dan menggantikannya dengan model yang lebih mampu milik seperti Perodua Bezza.

Ada ibu bapa pentingkan diri sendiri dengan meminta anak memenuhi kehendaknya berbanding keperluan cucu. -Gambar hiasanAda ibu bapa pentingkan diri sendiri dengan meminta anak memenuhi kehendak mereka. -Gambar hiasan

"Seram baca bapa mentua minta nak Proton X50 macam kirim beli pisang goreng. Dia (suami) sekarang memang bayar HRV ibu bapa dia pakai.

"Sebab tak mampu dah bayar, nak jual la HRV tu dan cari kereta yang mampu milik. Semoga suami dapat keluar dari belenggu hutang tak habis ni," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri askar merengek nak X50, ‘marah’ kerja gomen pun kena guarantor! Jurujual buntu gaji bersih klien tinggal RM1,100

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ‘demand’ X50 baharu, anak terbantut niat nak hadiahkan Viva terpakai! Lepas ‘siasat’ baru tahu punca ibu ubah fikiran

Namun, apa yang membuatkan wanita itu terkilan apabila bapa mentuanya membalas mesej dengan memberi cadangan supaya Proton X50 dibeli jika Honda HRV tersebut berjaya dijual.

"Suami saya siap cakap dah tak tahu nak cari duit kat mana nak bayar. Tapi mentua balas kalau laku HRV tu, cari X50.

"Siap kata sesiapa boleh tolong bayar RM500, nanti baki ayah tambah,” katanya.

  • Seorang wanita sebak terbaca WhatsApp suami dan bapa mentua mengenai urusan jual beli kereta.
  • Suami dah tak mampu bayar lebih RM1,000 sebulan dan bercadang jual HRV digunakan bapa untuk beli Perodua Bezza.
  • Namun bapa mentua cadang beli Proton X50 pula jika HRV berjaya dijual.
  • Pasangan itu kini hanya menggunakan Myvi, mempunyai anak kecil dan turut menanggung kos keluarga lain.
  • Netizen simpati, minta suami utamakan keluarga sendiri dan doakan rezeki mereka diluaskan.

Wanita itu mengakui mereka hanya menggunakan Perodua Myvi sahaja, selain mempunyai anak kecil berusia dua bulan.

Dia juga mengakui, abang kepada suaminya turut menanggung mentuanya dengan perlu membayar sewa bulanan kediaman.

Reaksi netizenReaksi netizen

Sementara itu netizen meminta wanita itu menasihati suaminya agar tidak terlalu mengikut kehendak mentuanya dan berdoa mereka dapat keluar dari masalah tersebut.

"Jadi genarasi sandwich ni sedih sebab nak kena penuhi demand parents. Semoga sis dilapangkam rezeki dari arah lain sebab tak mudah berada dalam position sis ni.

"Inilah orang cakap, biar papa asal bergaya. Slay bapa mentua. Semoga husband sis dikurniakan rezeki yang lebih ya," antara komen netizen.

 

Artikel Lain