suria

Individu marah jiran buat bising vakum rumah tengah hari buta, ganggu tidur anak - "Manusia ni semakin pelik"

Ada individu rasa terganggu apabila jiran rajin mengemas. -Gambar hiasan AI

SEORANG pengguna media sosial 'dihentam' warga maya selepas meluahkan rasa terganggu dengan sikap jirannya yang menggunakan vakum atau penyedut hampa gas.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsi semula oleh seorang netizen, individu tersebut bengang kerana aktiviti mengemas rumah itu terlalu bising dan dilakukan pada waktu tengah hari.

Dia mendakwa bunyi kuat tersebut telah menjejaskan masa tidur anaknya kerana rumah mereka berkongsi dinding yang sama.

Mengemas rumah dapat mengelak rumah daripada cepat kotor dan berhabuk. -Gambar hiasanMengemas dan mencuci rumah perlu dilakukan dengan kerap. -Gambar hiasan

“Dia vacuum waktu tengah hari buta, masa anak aku nak tidur. Memang mengganggu sangat.

“Maaf, ini bukan vacuum biasa. Bunyi kuat macam dekat carwash. Disebabkan rumah kongsi dinding, memang jelas sangat kedengaran,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi isu RXZ! Jiran buat 'bengkel' di rumah sebelum himpunan, memekak 'ramp' sampai tengah malam - "Tiap hari kami menyumpah"

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri ada cita rasa pelik, suka buat ‘projek’ dalam kereta! Jiran sebelah terganggu tapi takut nak tegur

Bagi warga maya, waktu tengah hari yang digunakan oleh jiran individu tersebut untuk membersihkan rumah dianggap tidak menjadi satu kesalahan. 

  • Seorang individu rasa terganggu jiran guna vakum pada waktu tengah hari.
  • Bunyi kuat vakum menjejaskan tidur anak kerana rumah mereka kongsi dinding sama.
  • Tangkap layar aduan itu tular selepas dikongsi semula di media sosial.
  • Netizen pertikai aduan tersebut kerana tengah hari masa sesuai untuk bersihkan rumah.
  • Ramai sindir individu itu dengan cadangan sarkastik.

"Dah tu nak vakum rumah bila kalau tengah hari tak boleh nak buat? Pagi buta? Malam? Comfirm kau tak puas hati juga.

"Ke nak belikan dia vakum baharu? Ala masalah manusia ni makin lama makin pelik.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Kalau rasa tak boleh berjiran dengan benda remeh macam ni pun jadi isu, pergi cari rumah kampung.

"Jenuh la semua tak boleh buat. Pening ada jiran macam ni. Ni kalau kita jadi jiran dia, hari-hari dia call polis kot sebab bising dengan suara budak," katanya.

 

Artikel Lain