suria

Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?"

Kehilangan orang tersayang adalah sesuatu yang memilukan. -Gambar hiasan AI kiri

SEORANG wanita berkongsi pengalaman pilu apabila dia bukan sahaja kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya, malah dikejutkan dengan penemuan kecurangan arwah sejurus pemergiannya.

Menurut wanita itu, suaminya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah termasuk pecah pada bahagian dahi, tulang rusuk retak serta tangan kiri patah.

Namun, ketika menunggu proses bedah siasat, wanita tersebut menemui mesej dan perbualan sulit di telefon suaminya yang membuktikan dia berlaku curang dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

Banyak kecurangan terdedah apabila pasangan menjumpai mesej di telefon. -Gambar hiasan AIRahsia mungkin terdedah apabila orang lain memeriksa telefon individu yang curang. -Gambar hiasan AI

"Tolong bagi kata-kata semangat. Saya baru kematian suami, semasa jenazah dalam bilik mayat untuk menunggu post mortem esok pagi, saya dapat tahu dia curang, kantoi semua chat dia kat telefon.

"Tak sempat delete sebab dah meninggal. Saya kuat tapi saya kadang down, saya maafkan tapi tetiba teringat. Saya nak membenci tapi saya pujuk hati," luahya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terus ‘serang’ penyondol, bersemuka dengan suami dulu... Ini nasihat untuk isteri disakiti suami curang

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ramai meremang isteri baca doa Nabi Yunus sambil sumpah suami curang - "Kalau kamu mati, perasaan aku tak kan sembuh"

Katanya, dia juga ada bertemu dengan skandal suaminya itu, namun wanita tersebut menafikan sekeras-kerasnya bahawa mempunyai hubungan dengan lelaki itu.

"Saya pergi rumah perempuan tu malam tu juga sebab nak ketenangan dan keikhlasan untuk lakukan penghormatan kali terakhir pada suami esok pagi.

"Penyondol always macam orang bodoh konon tak mengaku, saya buka chat bagi suami penyondol tu dengar voice. Mengucap, istighfar suami dia," katanya.

  • Seorang wanita kehilangan suami yang terbabit kemalangan jalan raya.
  • Saat menunggu proses bedah siasat, dia menemui mesej curang arwah dengan isteri orang.
  • Dia terus bertemu wanita itu yang menafikan hubungan sulit tersebut.
  • Suaminya mengucap panjang setelah ditunjukkan bukti curang di telefon.
  • Dia hampir bawa isu suami curang ke mahkamah tahun lalu tetapi termakan pujuk rayu arwah.
  • Walaupun marah dan kecewa, dia pilih memaafkan demi ketenangan serta menyerahkan segalanya kepada Allah.

Dia mengakui hampir membawa isu kecurangan suami ke mahkamah selepas kejadian pada November 2024, namun membatalkan hasrat tersebut kerana termakan pujuk rayu dan sumpah setia arwah.

Walaupun dihimpit rasa marah, wanita tersebut tetap berusaha menenangkan hati dengan memaafkan demi mencari kekuatan untuk memberi penghormatan terakhir kepada suaminya.

"Kifarah ke semua ni sebab khianati belakang isteri?

"Allahuakabar saya takut saya kasihan bagaimana keadaan dia di alam sana, tapi kadang negatif tu datang sampai terdetik ni semua balasan Allah," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Sementara itu, netizen berharap wanita itu tabah dengan ujian dihadapinya dan pada masa yang sama berharap dia dapat memaafkan arwah suaminya itu.

"Ya Allah kak, dia dah tak ada pun, dah berjumpa penciptanya. Dia akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang dia buat atas dunia ni. Ingat ni aje cukuplah.

"Akak nak maafkan atau tak, terpulang. Nak lupakan pun susah. Serah pada Allah biar Allah uruskan dia," katanya.  

 

Artikel Lain