suria

Gara-gara reunion, pasangan warga emas bercerai... Cinta zaman sekolah kembali mekar - "Bayangkan dah ada cucu"

Curang tidak mengenal usia. -Gambar hiasan

MAJLIS pertemuan semula atau reunion sekolah yang sepatutnya menjadi ruang bertemu dan bermesra dengan rakan lama menjadi punca berakhirnya rumah tangga beberapa pasangan apabila cinta lalu kembali berputik.

Seorang wanita mendedahkan, kejadian itu bukan sahaja berlaku kepada pasangan muda tetapi turut melibatkan mereka yang sudah lanjut usia.

Menurutnya, keretakan rumah tangga pasangan warga emas disebabkan majlis reunion itu diceritakan sendiri oleh bapa mentuanya.

Keretakan rumah tangga bermula apabila pasangan berlaku curang. -Gambar hiasanKeretakan rumah tangga bermula apabila pasangan berlaku curang. -Gambar hiasan

“Baru saja bapa mentua saya cerita kawan-kawan dia buat reunion sekolah, cinta bertaut kembali dekat reunion

"Lepas tu dua-dua ni bercerai, lepas bercerai, kahwin. Bayangkan umur dah 60-an kot, dan ada anak, menantu, cucu semua dah. Cannot brain weh,” kongsinya di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahana reunion, cinta lama bertaut kembali dengan ex-BF! Suami cerai isteri sehelai sepinggang selepas kantoi zina

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buat hal lepas 10 tahun kahwin, kata pergi reunion tapi ke parti seks berbayar... Anak, bini ditinggalkan di hotel

Wanita itu berkata demikian selepas berkongsi status mengenai perkahwinan berusia 15 tahun yang musnah gara-gara reunion.

Ia dikatakan berpunca apabila suami mengizinkan isteri menghadiri majlis berkenaan di mana bekas teman lelakinya turut sama hadir, sebelum kedua-dua mereka kembali jatuh cinta.

  • Seorang wanita dedah pasangan berusia 60-an bercerai selepas kembali bercinta dengan kekasih lama yang ditemui ketika reunion sekolah.
  • Kisah rumah tangga runtuh turut dialami pasangan muda apabila isteri dikatakan kembali jatuh cinta dengan bekas teman lelaki selepas diberi izin suami menghadiri reunion.
  • Seorang netizen pula mendakwa makciknya hampir bercerai selepas kantoi bermesej dan membuat panggilan video berunsur lucah dengan ‘abang angkat’ yang ditemui semula.
  • Namun ada juga pasangan yang memilih untuk berbaik semula selepas kecurangan terbongkar, sekali gus menyelamatkan rumah tangga mereka.
  • Warganet berpendapat reunion bukanlah punca utama, sebaliknya sikap individu yang gagal menjaga batas menjadi penyebab utama ikatan perkahwinan tergugat.

Sementara itu, seorang netizen mengakui majlis berkenaan juga menyebabkan ibu dan bapa saudaranya hampir berpisah.

“Makcik saya pun macam ni la, umur dah 40an. Reunion sekolah, jumpa balik dengan abang angkat. 

"Lepas tu kantoi bermesej-mesej macam orang baru bercinta. Calling sampai sanggup berhenti tepi jalan. Sampai kantoi video call berkemban,” dedahnya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Namun, hubungan mereka terhenti selepas dia sendiri memberitahu perkara ini kepada bapa saudaranya.

"Kesian pakcik aku tak tahu apa-apa. Mereka berbaik, tak bercerai. Nasib aku report sebelum jadi dosa zina,” katanya.

Bagi netizen lain pula, mereka berpandangan majlis berkenaan bukan punca sesebuah ikatan perkahwinan itu boleh terlerai.

Sebaliknya, ia berpunca daripada sikap masing-masing.

"Pembawakan diri. Reunion atau tak, kalau tak layan, benda tak jadi.

"Sebab melayan, lagi satu pergi sorang-sorang, tu jadi punca," kata beberapa warga maya.

 

Artikel Lain