TINDAKAN segelintir ibu bapa yang menjadikan anak-anak dengan berat badan berlebihan sebagai kandungan media sosial dianggap keterlaluan.
Menurut pandangan seorang wanita, perbuatan itu bukan sahaja tidak wajar, malah dianggap seolah-olah meraikan gaya hidup tidak sihat.
Ujarnya, kanak-kanak obesiti berdepan situasi sukar di sekolah yang mungkin tidak diketahui sebahagian ibu bapa mereka.
Anak gemuk beri kesan psikologi dan pelajaran kepada mereka. -Gambar hiasan
“Tak pernah rasa budak gemuk yang dijadikan kandungan media sosial itu comel. Obesiti bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.
"Tak cute langsung ya. Budak-budak yang obes kat sekolah ni, masa perhimpunan tak boleh duduk, kat padang tak boleh duduk, tak boleh lari dan tak boleh buat aktiviti," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Awas ibu bapa, anak gemuk beri kesan psikologi dan pelajaran... Kawal pemakanan kanak-kanak, bantu cegah obesiti
ARTIKEL BERKAITAN: Satu dalam 2 rakyat Malaysia alami obesiti… Ketahui 4 petanda anda menghidap sakit jantung! - “Ia bukan lagi penyakit orang tua”
Jelasnya, tabiat pemakanan dan gaya hidup anak-anak dibentuk oleh ibu bapa sejak kecil dengan kecenderungan untuk mengekalkan gaya hidup tidak sihat akan berterusan hingga dewasa.
"Jagalah anak tu elok-elok. Masa kecil dah obes, kemungkinan untuk gemuk kekal sampai ke besar tu tinggi ya.
- Seorang wanita menegur tindakan ibu bapa memuat naik gambar serta video anak obesiti, disifatkan meraikan gaya hidup tidak sihat.
- Kanak-kanak obesiti sering berdepan kesukaran di sekolah, termasuk tidak mampu sertai aktiviti fizikal.
- Obesiti pada usia kecil berisiko kekal sehingga dewasa jika tidak dibendung sejak awal.
- Netizen menyokong pandangan itu, menganggap tindakan ibu bapa mempamerkan anak obesiti sebagai bahan media sosial bukanlah sesuatu yang comel.
- Ramai berkongsi pengalaman sendiri membesar dalam keadaan obes, menegaskan ia menyedihkan, bukan sesuatu untuk dibanggakan.
"Yang hairannya, ada pula penyokong yang membela ibu bapa dengan mengatakan anak-anak itu tetap aktif. Apa yang comelnya kalau gaya hidup tak sihat," katanya.
Sementara itu, netizen juga menyokong pendapat wanita tersebut dan pada masa yang sama bersimpati dengan kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan.
Reaksi netizen
"Langsung tak comel, jalan pun mengah-mengah. Perut berlipat, tebal macam tu.
"Pernah membesar jadi budak chubby, pengalaman tu tak best ya. Jadi saya akan pastikan my kids tak lalui benda yang sama.
"Bagi saya kanak-kanak obes tak comel, kesian untuk masa depan budak tu," katanya.