SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila sahabat karibnya tidak pernah memberi ucapan selamat hari lahir selama tiga tahun berturut-turut, walaupun dia sentiasa meraikan ulang tahun kelahiran sahabatnya itu.
Menurutnya, setiap tahun juga dia tidak pernah gagal untuk memberikan hadiah dan kek kepada sahabat wanitanya itu.
Namun, apabila tiba hari lahirnya sendiri, sahabatnya hanya berdiam diri walaupun jelas mengetahui tarikh istimewa tersebut.
Golongan kanak-kanak paling gembira meraikan hari lahir. -Gambar hiasan AI
"Setiap tahun saya akan wish, bagi hadiah. Tahun lalu saya hadiahkan tudung daripada jenama terkenal di Indonesia ketika saya ke Jakarta.
"Tapi apabila hari jadi saya, dia buat bodoh sahaja. Saya tak harapkan hadiah, cukup sekadar ucapan. Padahal dia selalu tengok semua Instagram Story saya, termasuk apabila kawan-kawan lain wish,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hari lahir bertukar duka… Isteri teruja bawa kek ke bilik, rupanya suami meninggal dunia dalam tidur
ARTIKEL BERKAITAN: Anak beria menyanyi, buat kejutan hari lahir... Tapi bapa suruh letak kek atas meja, sikit pun tak jamah
Wanita itu turut mengakui dia sering berasa terperangkap sebagai seorang yang sudah terbiasa menjaga hati orang lain.
Katanya, setiap kali tiba tarikh lahir rakannya, dia berbelah bahagi sama ada mahu terus meraikan atau mengambil keputusan untuk berhenti berbuat demikian.
- Seorang wanita kecewa kerana sahabat karibnya tidak pernah mengucapkan selamat hari lahir selama tiga tahun berturut-turut.
- Walaupun sering memberi hadiah dan meraikan ulang tahun sahabatnya, wanita itu mendakwa dirinya langsung tidak dihargai.
- Dia mengaku hanya mengharapkan ucapan, namun sahabatnya tetap berdiam diri meskipun tahu tarikh hari lahirnya.
- Wanita itu berasa terperangkap kerana sudah terbiasa menjaga hati orang lain, walaupun sering dilayan dengan buruk.
- Perkongsian kisah tersebut mendapat perhatian netizen yang menasihatkannya agar menjaga hati sendiri dan menilai semula persahabatan itu.
"Saya cuba untuk layan dia sama seperti cara dia layan saya, tetapi apabila tiba tarikh hari lahirnya, saya rasa kesian.
"Saya cuba untuk buat dia gembira, walaupun selepas itu dia melayan saya dengan teruk," katanya.
Reaksi netizen
Perkongsian itu menarik perhatian netizen dengan masing-masing berpandangan wanita tersebut perlu berhenti daripada mengharapkan balasan daripada sahabatnya itu.
Warga maya juga menasihatkan agar wanita berkenaan menjaga hati sendiri terlebih dahulu, selain menilai semula erti persahabatan yang terjalin dengan rakannya itu.