DEMI rasa cinta dan sayang, seorang wanita mengakui dia adalah seorang isteri yang bersikap clingy atau terlalu manja dengan suami, tidak kira di mana mereka berada.
Bagaimanapun menurut wanita itu, suaminya menegur bahawa sikap tersebut tidak elok dipamerkan di khalayak ramai kerana boleh mengundang pandangan serong orang lain.
Bagaimanapun pengadu tertanya-tanya adakah sikap suka 'melekat' atau manja dengan suami sendiri menjadi satu kesalahan memandangkan hubungan mereka sah di sisi agama.
Suami isteri perlu berbincang untuk mengelakkan berlaku salah faham dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Saya nak tanya pendapat. Saya seorang isteri yang clingy. Di mana-mana memang saya clingy yang suka 'mengempeng' suami saya.
"Tapi suami cakap tak elok clingy depan orang ramai. Boleh mendatangkan fitnah dan trigger kepada orang yang pandang," luah wanita itu dalam satu hantaran di Threads.
Perkara itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terbahagi kepada dua pandangan berbeza.
ARTIKEL BERKAITAN: Nak berkepit 24 jam, ‘clingy’ tanda si dia obses dengan anda!
ARTIKEL BERKAITAN: Kusut layan teman lelaki hidap bipolar, tak tahan terlalu clingy! Wanita buntu mahu kahwin atau putus... “Sayang, tapi penat sangat”
Ada yang bersetuju sikap manja berlebih-lebihan di tempat umum boleh mencetuskan rasa kurang senang dan tidak selesa sebagaimana dimaksudkan suaminya.
"Perlu ada rasa malu. Walaupun awak sendiri terpaling cantik, perangai macam ni boleh buatkan lelaki rasa rimas. Lelaki suka aura seorang bos, bukan mengada-ngada tak kena tempat.
"Boleh je nak clingy tapi kalau lebih-lebih tu dekat rumah la. Hal-hal dalam selimut jangan sampai nak dibawa keluar. Malu la sikit," komen beberapa netizen.
- Seorang isteri mengaku dirinya jenis 'clingy' yang suka melekat dengan suami.
- Suami menegur tak elok tunjuk depan umum, bimbang jadi fitnah.
- Netizen ada yang setuju, pesan biar manja lebih sesuai di rumah.
- Ada juga yang pertahan, kata pegang tangan halal tak wajar dijadikan isu.
- Wanita akhirnya akur, terima teguran suami dan hormati pandangannya.
Namun, ada juga yang tampil menyokong wanita itu dengan mengatakan perkara kecil seperti berpegangan tangan tidak seharusnya menjadi isu.
"Kalau setakat pegang tangan apa salahnya. Aku tak fahamlah manusia ni, benda tu pun salah ke kalau dah halal?
"Nak triggered apa kalau nak pegang tangan je? Nafsu membuak ke tengok orang pegang tangan," kata seorang netizen lain memberi pendapat.
Komen netizen di media sosial.
Wanita berkenaan dalam hantarannya bagaimanapun menegaskan bahawa dia faham dan menerima pandangan orang ramai yang lebih cenderung menyokong nasihat suaminya.
"Kasihan suami dapat saya, maafkan saya.
"Mula-mula pun saya anggap suami segan, tapi lepas kena 'ceramah' (tegur) baru faham. Saya ambil maklum dan hormat cara dia," ujarnya menjelaskan lagi situasi.