FIKIRAN seorang wanita terganggu dengan masalah peribadi kakak saudaranya yang dibelenggu beban hutang.
Ujarnya, hal itu merunsingkan kerana kakak saudaranya itu tinggal sebumbung dengan dia sekeluarga.
Sungguhpun sudah berkerjaya, namun sikap suka berbelanja melebihi kemampuan membuatkan dia sanggup berhutang termasuk daripada lintah darat, ah long.
Memilih jalan 'singkat' dengan berhutang demi kesenangan diri adalah satu langkah bahaya. -Gambar hiasan
"Saya ada krisis dengan kakak saudara sendiri. Sudah lama dia kerja tapi tak ada simpanan. Apa yang lebih menyakitkan dia ni suka berhutang untuk penuhi kehendak.
"Suatu hari saya terjumpa surat hutang ah long. Saya sangat terkejut tapi tak nak beritahu ibu bapa saya sebab nanti mereka sedih. Saya buat pengiraan dan hutang dia cecah RM4,000," dakwanya.
Selepas menemukan surat hutang berjumlah ribuan ringgit itu, pengadu akhirnya terdetik untuk memeriksa telefon bimbit kakak saudaranya.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘acah’ risau nak kahwin, dakwa ramai perempuan galak di akaun DS - “Nak jumpa orang baik, tindakan kena seiring”
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami solat taubat bersama” - Selepas video intim tersebar, wanita pilih lelaki ‘dark side’ jadi suami... Reda dibuang keluarga
Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati wanita itu dipercayai melakukan perkara terlarang dan lebih menyedihkan turut terjebak dengan aktiviti persundalan dengan suami orang.
"Dia ada skandal dengan suami orang. Saya sangat kecewa sebab tak tahu apa alasan dia jadi macam tu. Apa patut saya buat?
"Perlu ke beritahu keluarga sebab saya buntu. Benda ni akan beri ancaman kepada reputasi keluarga kami.
- Wanita dedah terjumpa surat hutang ah long milik kakak saudaranya.
- Dakwa kakak saudara sudah lama kerja tapi tiada simpanan sejak bekerja.
- Terkejut bila jumpa akaun 'dark side' bersama individu didakkwa suami orang.
- Risau reputasi keluarga terjejas jika perkara tersebut terbongkar.
- Netizen nasihat jangan sibuk, cukup doakan yang baik-baik buat dirinya.
"Kita tahu betapa kuat kuasa viral zaman sekarang. Saya rasa berdosa apabila orang terdekat buat perbuatan terkutuk tu," ujarnya.
Malah, dia menegaskan bahawa keluarga sedia membantu sekiranya wanita itu memerlukan pertolongan, namun segalanya dirahsiakan.
Bagaimanapun seorang warga maya menasihatkan pengadu agar tidak mencampuri urusan kakak saudaranya itu kerana ia terlalu peribadi.
Beberapa netizen memberi pendapat di ruangan komen.
"Pertama sekali, jangan sibuk hal orang. Awak tak tahu apa yang dia lalui dan saya percaya dia enggan cakap fasal ni dekat famili sebab tak nak bebankan mereka.
"Saya tak sokong apa dia dah buat tapi ada benda kita panggil ego. Dia tu ego tinggi, jadi mungkin dia cari pertolongan daripada adik-beradik.
"Benda yang boleh awak buat adalah doakan dia. Semoga cepat selesai hutang dan dipermudahkan semua hal," komen seorang netizen.
Untuk makluman, dark side atau DS ialah akaun laman sosial yang memaparkan sisi gelap seseorang khususnya keinginan dan fantasi seksual.