SEORANG wanita meraih perhatian warga maya selepas mendedahkan kisah teman lelakinya yang memiliki akaun dark side atau DS.
Dalam hantaran di X, dia mengakui terkejut mengetahui hal itu memandangkan buah hatinya memiliki latar belakang agama yang baik.
"Baru kantoi yang teman lelaki saya sebenarnya ada DS akaun. Sumpah terkejut sebab dia lelaki yang baik. Family background pun orang beragama semuanya.
Mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup bebas mungkin sukar untuk berubah selepas mendirikan rumah tangga. -Gambar hiasan AI
"Dia juga dihantar ke Jordan untuk belajar ilmu agama (syariah). Dah buat maksiat sana-sini, apabila nak settle down, cari perempuan yang baik-baik. Kami memang dah rancang untuk kahwin.
"Kalau dia dah bertaubat, bolehlah pertimbangkan (kahwin). Tapi dia masih berhubung dengan DS yang lain," dakwa wanita itu.
Sebagai makluman, akaun dark side merupakan satu kaedah persundalan dan penjualan aktiviti seksual di media sosial.
Ia merujuk kepada identiti 'gelap' dan berbeza yang dipamerkan seseorang individu itu di media sosial.
- Wanita terkejut apabila mengetahui teman lelakinya memiliki akaun ‘dark side’ (DS).
- Teman lelakinya pernah dihantar ke Jordan untuk belajar agama tetapi tetap terlibat dengan maksiat.
- Wanita itu mendakwa teman lelakinya bukan sahaja berzina dengan wanita, malah turut terbabit dalam seks sejenis.
- Dia juga menemui mesej lucah serta rakaman video maksiat membabitkan teman lelakinya dengan wanita bertudung labuh.
- Netizen menasihati wanita itu supaya meninggalkan teman lelakinya kerana dianggap sukar berubah.
Dakwanya lagi, dia sudah menonton rakaman yang mana kekasihnya bukan sahaja berzina dengan wanita, malah turut terlibat dalam seks sejenis.
"Dia mengaku aktif seks. Dia ada kantoi mesej lucah dengan perempuan lain. Kalau ikut hati, memang aku nak hantar semua video tu dekat mak ayah dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ‘acah’ risau nak kahwin, dakwa ramai perempuan galak di akaun DS - “Nak jumpa orang baik, tindakan kena seiring”
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami solat taubat bersama” - Selepas video intim tersebar, wanita pilih lelaki ‘dark side’ jadi suami... Reda dibuang keluarga
"Perempuan yang dia buat maksiat tu berpenampilan bertudung labuh, baju longgar. Rasa nak menangis tengok video ni semua.
"Dia bukan sahaja buat hubungan seks dengan perempuan, rupanya lelaki pun dia buat juga. Nauzubillah," tulis wanita itu lagi.
Di ruangan komen, majoriti pelayar X meminta wanita itu supaya meninggalkan teman lelakinya jika tidak mahu merana pada masa akan datang.
Video seks yang tersebar boleh menjatuhkan maruah seseorang. -Gambar hiasan AI
"Lari je. Susah dia nak tinggalkan perangai tu. Kamu akan dapat lelaki yang lebih baik.
"Kamu layak dapat lelaki yang lebih baik untuk jadi bapa kepada anak-anak kamu nanti.
"Kamu tak akan mampu untuk ubah dia. Jadi, tinggalkanlah dia kalau tak nak menyesal kelak," tulis netizen.