SEORANG lelaki meluahkan rasa terkejut apabila mendakwa wujud aktiviti penjualan emas dengan harga yang dianggap tidak masuk akal di platform TikTok.
Menurutnya, penjual terbabit menawarkan syiling emas 999 seberat hanya 0.002 gram pada harga RM30 seunit.
Ini bermakna jika peniaga itu berjaya menjual sekeping syiling emas 999 dengan berat 0.002 gram kepada 500 orang pembeli, dia akan memperoleh RM15,000 bagi satu gram emas.
Harga itu tentunya jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran semasa.
Golongan wanita cukup meminati barangan kemas. -Gambar hiasan
“Rekod paling zalim pernah tengok orang jual emas di TikTok adalah RM30 untuk gold coin 999 seberat 0.002 gram, bersamaan dengan RM15,000 per gram.
"Tak tahu la mana letaknya hati perut seller semasa menjual tu dan dukacitanya ramai yang beli,” kongsinya di Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah beli barang kemas ‘pre-loved’... Tapi kena hati-hati, sedia tanggung 3 risiko ini
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak ‘bolot’ barang kemas arwah mak, pegang harta batil tak peduli adik lelaki... Ini cara kiraan faraid emas
Jelasnya, tawaran harga RM30 itu mungkin dilihat murah oleh segelintir pembeli hingga mereka segera bertindak membuat pembayaran tanpa berfikir panjang.
"Pancing dengan harga murah. Apabila netizen dengar gold coin 999 hanya RM30, terus sambar," katanya.
- Seorang lelaki dedahkan penjualan syiling emas 999 hanya seberat 0.002 gram di TikTok dengan harga RM30 seunit.
- Jika dikira mengikut gram, harga itu mencecah RM15,000/gram, jauh melebihi pasaran semasa sekitar RM590–RM605/gram.
- Penjual didakwa menggunakan taktik “kongsi rezeki” untuk menarik pembeli, walaupun nilai sebenar terlalu kecil.
- Netizen mengecam tindakan tersebut sebagai zalim kerana pembeli mungkin tidak dapat menjual semula emas yang terlalu ringan.
- Ramai mengingatkan supaya berhati-hati kerana ada pembeli keliru, menyangka membeli 1 gram tetapi sebenarnya hanya serpihan kecil.
Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak menyatakan kos sebenar emas berkenaan termasuk kos upah pembuatan.
Netizen yang membaca perkongsian lelaki terbabit mengakui, pernah melihat peniaga di TikTok mengambil kesempatan dengan mendakwa kononnya untuk berkongsi rezeki.
"Zalim, kita tengok juga. Ayat kongsi rezeki tak tahan tu, memang kejam etika berniaga dah tiada," katanya.
Reaksi netizen
Warga maya turut berpendapat dengan emas seberat 0.002 gram itu, pembeli berdepan kesukaran untuk menjual emas tersebut pada masa hadapan kerana terlalu ringan.
"Setakat berat macam tu memang tak dipandang waktu nak jual, paling tidak pun 0.5 gram ok la sikit.
"Kawan saya pernah beli tapi malangnya lepas beli baru tanya saya, dia ingatkan satu gram rupanya 0.01 je," katanya.
Berdasarkan semakan, harga syiling emas 999 semasa di Malaysia ialah sekitar RM590 hingga RM605 per gram, sekali gus menunjukkan perbezaan ketara dengan nilai yang ditawarkan penjual tersebut.