SEORANG ibu meluahkan rasa buntu apabila anak perempuannya yang masih remaja mengalami kemurungan sejak beberapa bulan lalu.
Lebih membimbangkan apabila gadis tersebut juga tidak menjaga kebersihan diri sehingga tubuhnya berbau busuk dan kepam.
"Dah berbulan anak dara aku moody, murung... on off, sekejap okay sekejap tak okay.
Setiap individu mengimpikan kehidupan yang harmoni bersama keluarga. -Gambar hiasan
"Aku sendiri dengan masalah aku. Dia tak mandi, tak urus badan, busuk, kepam dan rambut tak terurus," luahnya yang buntu dengan situasi itu.
Keadaan yang berlaku turut mendapat perhatian suaminya.
Namun malang sekali apabila lelaki itu bertindak menyalahkannya 100 peratus, bukannya memberikan bantuan yang diharapkan, .
ARTIKEL BERKAITAN: Akibat cinta toksik, gadis ini hidap kemurungan! Mujur pakwe baharu penyayang, control ubat takut kekasih telan ‘overdose’
ARTIKEL BERKAITAN: Baru jumpa masa raya, wanita terkejut jiran hantar mesej lepas 2 hari... Tak pernah tempah kek, tapi didesak datang ambil
Bukan itu sahaja, dia juga diherdik tidak pandai menguruskan rumah tangga sehingga anak berdepan masalah kemurungan.
"Abah dia tengok macam tu, akulah yang dia salahkan... mak tak pandai nak tengok anak," luahnya sedih di laman Thread.
Walau bagaimanapun, suaminya cuba membantu dengan meminta dia membawa anak gadis mereka mendapatkan rawatan dan penjagaan tubuh di spa.
- Anak remaja murung berbulan-bulan, enggan mandi dan jaga kebersihan diri.
- Si ibu dituduh oleh suami tak pandai urus anak hingga alami kemurungan.
- Suami beri RM300 untuk potong rambut & urutan, tapi ibu yakin anak perlukan rawatan pakar.
- Anak enggan kongsi masalah sebenar, sebaliknya menuding jari kepada kedua-duanya.
- Ramai saran sokongan emosi berterusan serta rawatan psikologi untuk pulih sepenuhnya.
"Suami bagi RM300 pergi spa potong rambut dan lakukan urutan semua.
"Tapi aku cakap dia (anak perempuan) bukan perlukan spa semata-mata tapi solusi pakar terapi," tambahnya.
Menurut wanita ini, perkara yang merunsingkan adalah anaknya bukan sekadar enggan berkongsi masalah dihadapi.
Warga maya memberikan kata-kata semangat pada wanita ini.
Namun sebaliknya menyalahkan dirinya dan suami atas apa yang berlaku.
"Aku dah tanya perkara yang buat dia murung tapi dia salahkan aku dan abahnya pula.
"Apabila ditanya, dia cakap tak tahu... kemudian abahnya salahkan aku sebab tak pandai komunikasi.
"Aku pun mental nak hadam perangai gen Z," tambahnya yang kemudian mendapatkan bantuan pakar psikologi.
Luahan tersebut mengundang perhatian ramai yang turut bersimpati dengan dugaan yang perlu ditanggungnya.
Pada masa sama netizen menyarankan agar remaja itu terus diberi sokongan emosi dan rawatan susulan.