HIDUP berumah tangga tidak selalunya indah, malah ada yang berakhir dengan perpisahan selepas melalui pelbagai episod pergolakan.
Namun, kisah hidup seorang wanita mengundang rasa kurang senang apabila dia dilihat seolah-olah mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak selepas bercerai.
Menurut saudara terdekat dengannya, wanita berkenaan sebelum ini nekad untuk berkahwin ketika masih bergelar pelajar walaupun keluarga cuba menghalangnya.
Setiap individu mengimpikan kebahagiaan dalam perkahwinan. -Gambar hiasan
"Tak menyempat (tetap kahwin) walaupun ramai saudara mara dan bapa sendiri cuba halang sebab kewangan tak stabil. Dia tengah belajar peringkat ijazah sarjana muda.
"Laki tu pendidikan pun tak ada. Masa kahwin dari anak seorang lagi dah selalu gaduh laki bini tapi anak empat orang juga 'keluar'. Akhirnya mereka cerai juga.
"Tapi bila dah cerai, dia tiba-tiba buat macam anak tu tak wujud dalam hidup. Tiap minggu mak ayah jaga anak. Dia sibuk 'me time', 'healing'. Padahal hari lain dah sibuk kerja," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami T20 abai famili, sibuk main golf! Isteri baru habis pantang doa Allah bagi balasan setimpal, letih makan hati
ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk gulung tali pancing, bapa abai anak kecil menangis ketika berkelah... Langsung tak toleh, kail lagi penting!
Tambahnya lagi, wanita tersebut lebih banyak mengisi masa lapang dengan aktiviti peribadi seperti hiking dan selam skuba.
Malah, ada kalanya wanita itu berkongsi hantaran di media sosial dengan kapsyen yang membuatkan individu ini berasa kurang senang membacanya.
"Kadang-kadang dia 'update' hidup ini ujian untuk anak-anak dia. Macam b*t*h bila baca. Bekas suami dia ada la sesekali datang tapi nafkah tak bagi.
- Wanita dikritik abai anak selepas bercerai, dijaga datuk dan nenek.
- Dia nekad kahwin masa belajar walaupun keluarga cuba halang.
- Rumah tangga tak aman, tapi tetap ada empat anak sebelum akhirnya cerai.
- Selepas cerai, lebih banyak masa untuk hiking, menyelam dan aktiviti ‘healing’.
- Netizen kecewa kerana alasan ‘healing’ dijadikan sebab abaikan tanggungjawab ibu.
"Dia pula kalau ada duit, habiskan masa dengan kawan pergi buat aktiviti luar tak bawa anak dengan alasan 'healing'. Anak-anak terbiar macam tak ada kasih sayang mak ayah.
"Nasib ada datuk dan nenek yang sudi nak jaga walaupun dah tua. Maaf, saya menyampah dengan orang bercerai sampai abaikan anak-anak ni," katanya lagi.
Hantaran wanita ini turut mengundang rasa kurang senang warga maya terutama sekali apabila melibatkan pengabaian anak-anak.
Komen netizen di Threads.
Rata-ratanya kecewa apabila seorang ibu sanggup meletakkan alasan 'healing' hingga mengabaikan kasih sayang tehadap anak-anak.
"Sedih, masa muda dan bujang tak nak enjoy. Dah kahwin beranak, abaikan tanggungjawab nak enjoy macam masa bujang.
"Nanti dah tua nak mampus bila anak-anak buat tak peduli masa tu jangan salahkan anak-anak konon mereka derhaka. Nanti dia akan dapat balik apa dia buat," komen beberapa netizen.