KONFLIK antara menantu dan mentua sudah jadi perkara biasa, malah ada yang sampai ke tahap menjejaskan kebahagiaan rumah tangga.
Seperti kisah yang dikongsikan wanita ini di laman Threads, dia meluahkan rasa terbeban apabila ibu mentua kerap meminta wang daripada suaminya.
Katanya, ibu mentua pasti menghantar mesej meminta duit setiap kali suami menerima gaji.
Seorang ibu tidak sepatutnya berlebih-lebihan mencampuri urusan rumah tangga anak. -Gambar hiasan
"Dia tahu laki aku terima gaji hari ni (Khamis), terus dia WhatsApp nak duit. Okay suami aku bagi. Lepas tu dia balas tak boleh ke bagi lebih sikit?
"Kita pun cukup-cukup je duit ni untuk hidup sebulan. Suami dia (bapa mentua) kerja, siap dapat pencen lagi.
"Dia tak ada tanggungan tau. Dia asyik beli emas je," jelas wanita itu menerusi hantarannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak senang duduk mentua asyik suruh cari kerja... Anggap otak dah karat, tak nak mula dengan gaji rendah
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tolak bakal menantu gaji RM3,000 sebulan, risau anak hidup susah lepas kahwin - “Tapi BF saya tak miskin, jaga solat”
Tambahnya lagi, suami yang sudah penat dengan situasi ini akhirnya hanya menurut permintaan si ibu dengan terus memindahkan wang walaupun pendapatan bulanannya tidaklah banyak.
Bagaimanapun, dia ada berbincang dengan suami dan mencadangkan agar tidak lagi memberikan wang bermula bulan depan kerana urusan keluarga lebih penting.
"Suami pun dah penat, dia terus je transfer duit. Jadi sendiri la kena ikat perut kan. Lelaki ni malas kalau orang dah menekan-nekan. Padahal dah terangkan gaji tak berapa banyak.
- Wanita terbeban ibu mentua minta duit tiap kali hari gaji suami.
- Ibu mentua ada pencen suaminya dan suka beli emas.
- Suami tetap bagi walau gaji tak besar, terpaksa ikat perut.
- Pasangan ini sepakat hentikan pemberian bulan depan untuk kestabilan kewangan keluarga.
- Netizen simpati, kecam sikap ibu mentua yang dianggap menyusahkan.
"Saya dah berbincang dengan suami malam tadi. Bulan depan tak boleh ya sebab kita nak simpan duit, anak nak masuk darjah satu.
"Suami pun cakap memang dia tak bagi dah sebab nak selesaikan hal sekolah anak," ujarnya lagi.
Disebabkan tertekan dengan sikap keluarga mentua, dia mengakui sudah lama menyekat nombor telefon mereka bagi menjaga kesihatan mental.
Antara komen netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan selain mengecam sikap ibu mentuanya.
"Jadi nanti anak bini nak makan apa hujung bulan? Makan pasir ke? Ada juga manusia yang tak boleh lepas anak dia kahwin ya.
"Wey stres kan dapat mentua macam ni. Lama-lama perkahwinan rasa kosong sebab hadap benda ni," komen beberapa netizen.