suria

Anak jatuh katil sebab isteri terlelap, suami main 'phone' sambil vape mengamuk sakan... Sikit lagi nak bagi penumbuk!

Kanak-kanak akan berasa takut apabila melihat ibu dan bapanya bergaduh. -Gambar hiasan

SETIAP ibu pasti akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga dan melindungi anaknya daripada mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan.

Bagaimanapun, kanak-kanak berusia dua tahun ke bawah cenderung untuk cedera kerana mereka berada di fasa aktif.

Berdepan situasi sama, seorang wanita tidak menyangka dia akan dimarahi suami disebabkan anak yang baru berusia setahun lebih terjatuh dari katil.

Pertengkaran mulut antara suami isteri sering terjadi pada segelintir pasangan. -Gambar hiasan

Pertengkaran mulut sering berlaku antara suami dan isteri. -Gambar hiasan

Insiden berlaku ketika dia terlelap secara tidak sengaja.

"Pagi tadi anak jatuh katil sebab aku terlelap, suami pula di ruang tamu tengah main telefon sambil hisap vape.

"Aku terjerit sebab terkejut dengar bunyi anak jatuh tapi dia tak menangis pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah didera emosi, kena tadah telinga dengar maki hamun suami... Paling tak tahan kaki ungkit tiap kali ‘perang mulut’

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibarat kita ni habiskan duit dia” - Suri rumah malu dengan jiran, suami caci maki hanya kerana diminta bawa beg sekolah anak

"Suami masuk bilik terus marah dan maki aku, tangan dia menggigil macam nak tumbuk sampai anak jadi takut," luahnya di laman Thread.

Kecewa dengan reaksi suami yang melemparkan kata-kata makian dan hinaan, dia kemudian menjelaskan situasi sebenar di mana dirinya terlelap.

  • Anak terjatuh dari katil ketika ibu terlelap, suami berada di ruang tamu bermain telefon dan vape.
  • Suami terus marah, maki hamun dan hampir naik tangan, hingga anak jadi takut lihat reaksi bapa.
  • Ibu kecewa kerana kejadian berlaku tanpa sengaja, tambahan pula dia sedang hamil dan letih.
  • Si ibu dihalau keluar bilik oleh suami.
  • Netizen beri nasihat, antaranya jarak kandungan terlalu dekat, risiko keganasan rumah tangga, serta ingatkan ibu agar bersedia melindungi diri dan anak-anak.

Tambahan pula pada masa kejadian dia benar-benar rasa mengantuk dan letih disebabkan sedang hamil.

Lebih menyedihkan apabila dia turut dihalau keluar dari bilik oleh suaminya.

Warga maya meluahkan rasa bimbang tentang nasib pengadu.

Warga maya meluahkan rasa bimbang.

Kisahnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan rata-rata meluahkan rasa terkejut kerana dia sedang hamil sedangkan anak pertama masih kecil.

"Jangan mengandung dah, pendek sangat jarak awak ni sedangkan awak tak bersedia dari segi mental dan fizikal.

"Suatu hari nanti mesti dia akan tumbuk betul-betul kalau gagal kawal marah, cubalah untuk melindungi diri dan anak-anak.

"Perkara ni akan jadi lagi di masa hadapan, jadi bersedialah untuk bergerak 'solo' suatu hari nanti," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain