suria

"Kau beria tunjuk dermawan" - Makan dengan geng lelaki, wanita bayar makanan sendiri sebab tak suka orang belanja... Tak sangka kena sindir

Mereka yang bekerja di pejabat gemar keluar makan bersama pada waktu rehat. -Gambar hiasan

SESIAPA sahaja pasti berasa gembira apabila diri sering dibelanja rakan-rakan terutama ketika keluar makan bersama.

Namun berbeza bagi wanita ini apabila dia menolak tawaran individu lain yang mahu membayarkan makanan yang dimakan sebaliknya memilih untuk membuat pembayaran dengan wang sendiri.

Bagaimanapun, tindakannya itu dikritik oleh rakan kerana dianggap tidak bersyukur.

Kemesraan yang terjalin membuatkan rakan pejabat gemar melakukan aktiviti bersama. -Gambar hiasan

Ada pekerja yang bermurah hati dengan sering belanja rakan-rakan lain makan. -Gambar hiasan

"Aku keluar makan sekali dengan rakan sekerja... semua lelaki, aku seorang perempuan.

"Kemudian seorang lelaki ni bertegas nak bayar untuk semua, tapi aku tak mahu.

"Jadi aku cakap pada juruwang apa yang aku pesan dan bayar untuk itu sahaja," ujarnya di laman Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Bala’ muncul lepas naik pangkat, rakan-rakan ofis paksa belanja makan... Order stik wagyu paling mahal, bil cecah RM3,000

ARTIKEL BERKAITAN: Menyampah rakan suka ajak 'lunch' luar tapi asyik tumpang kereta orang, beri bermacam alasan tak masuk akal

Menganggap urusan pembayaran makanan itu selesai begitu sahaja, wanita ini terkejut apabila dia disindir oleh rakan-rakan yang menyuruhnya membayar jumlah keseluruhan bil.

Lebih mengejutkan apabila tindakannya membayar makanan sendiri itu dikritik dan dikutuk oleh mereka.

  • Seorang wanita dikritik selepas tolak tawaran rakan lelaki untuk membayar makanannya ketika keluar makan bersama.
  • Dia pilih untuk bayar sendiri apa yang dimakan, namun kemudian disindir agar menanggung keseluruhan bil.
  • Wanita itu kesal apabila rakan-rakan lelaki mengutuk tindakannya di belakang.
  • Katanya, rakan lelaki berkenaan sering berlagak dermawan walaupun masing-masing bergaji tinggi.
  • Netizen pula berbelah bahagi — ada yang anggap dia tak bersyukur, namun ada juga yang faham pilihannya untuk berdikari.

"Lelaki tu bayarlah the remaining (jumlah belum dibayar), kemudian dia cakap bayarlah untuk semua sekali

"Kau yang beria tunjuk dermawan, tapi belakang-belakang mengata aku... gaji kau dan gaji lelaki-lelaki yang kau belanja tu masing-masing atas RM10,000," luahnya sambil mengakui individu tersebut memang gemar belanja rakan-rakan lain makan.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang reaksi bercampur baur.

Antara reaksi warga maya.

Antara reaksi warga maya.

Kebanyakannya menyatakan dia tidak bersyukur dan tidak beradab kerana menolak niat baik rakan.

Namun ada juga yang mengaitkan situasi ini dengan sikap lelaki yang dikatakan tidak sukakan sesuatu yang rumit sebaliknya lebih suka kepada jalan penyelesaian mudah.

"Jenis perempuan banyak songeh.

"Lepas ni jangan keluar makan dengan orang, saya pun tak suka orang belanja... sanggup bayar sendiri bahagian saya.

"Tak salah pun terima kalau mereka nak belanja, kena faham lelaki ni bab belanja memang dia ada ego sendiri," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain