suria

Berdesing telinga! Jururawat tahan sabar rawat pesakit Israel hina Malaysia - "Terhegeh-hegeh juga nak masuk negara tak maju"

Tugas seorang jururawat memerlukan kesabaran tinggi untuk melayan pesakit. -Gambar hiasan AI

SEORANG jururawat tampil berkongsi pengalaman pahit ketika ditugaskan menjaga seorang pesakit warga Israel di sebuah hospital luar negara sekitar 2018. 

Menurut wanita berkenaan, pada awalnya dia menerima tugasan itu dengan berat hati selepas dimaklumkan pesakit warga asing yang bakal dijaga merupakan warga Israel. 

Bagaimanapun, dia tetap melakukan tugasan itu selepas nurse manager (pengurus jururawat) berpesan supaya dia kekal profesional dan tidak melayan sebarang provokasi.

Seorang jururawat perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk melayan ragam pesakit. -Gambar hiasan

"Saya pun bersetuju je la sebab saya pun cari rezeki dekat negara orang. Mula-mula perkenalkan diri sebagai jururawat bertugas pun, muka si pesakit Israel tu dah sombong.

"Tak mesra... Memang 'pekat Israel' mungkin. Atas kepala pakai ketayap kecil tu. Rambut warna perang keemasan. Memang macam warga Israel tengok dalam televisyen tu la," ujarnya.

Lebih mengejutkan, individu itu mula mengeluarkan kata-kata hinaan sebaik mengetahui jururawat berkenaan beragama Islam dan berasal dari Malaysia.

Pesakit berkenaan dikatakan mengkritik Malaysia sebagai negara 'mundur' kerana tidak membenarkan kemasukan rakyat Israel.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih ramai ‘kabur’, tertanya-tanya... Ini 12 fakta Global Sumud Flotilla setiap orang perlu tahu

ARTIKEL BERKAITAN: 23 rakyat Malaysia tahanan Israel selamat, hanya komunikasi terputus

Namun, dia hanya mampu bersabar dengan kata-kata kesat dan penghinaan itu lalu meneruskan tugas kerana tidak mahu menjejaskan tanggungjawab sebagai petugas kesihatan. 

"Saya cakap la saya orang Malaysia, proud Malaysian. Terus dia meroyan cakap Perdana Menteri kita entah apa-apa sebab tak bagi orang Israel masuk Malaysia.

"Negara kita tak maju la, orang Malaysia ketinggalan zaman la... eh banyak lagilah. Memang betullah orang Israel ni sombong dan angkuh. Kenang masa tu saya tengah kerja je.

"Lagipun dia dengan saya pun dekat negara orang. Kalau tak, ringan juga mulut ni nak menjawab. Benci sangat orang Israel ni. Kaum laknatullah," imbasnya lagi.

  • Seorang jururawat kongsi pengalaman pahit jaga pesakit Israel di hospital luar negara pada 2018.
  • Pesakit berkenaan bersikap sombong dan mula menghina selepas tahu dia berasal dari Malaysia.
  • Pesakit Israel itu hina Malaysia mundur sebab sekat kemasukan rakyatnya.
  • Jururawat tetap sabar dan terus jalankan tugas secara profesional.
  • Kisah ini kembali hangat susulan misi solidariti Global Sumud Flotilla ke Gaza.

Perkongsian individu tersebut mendapat perhatian netizen yang terkesan dengan penghinaan terhadap Malaysia ketika menjaga pesakit Israel itu.

Dalam ruangan komen, rata-ratanya menzahirkan kemarahan terhadap pesakit terbabit yang mengutuk Malaysia.

"Terhegeh-hegeh juga nak masuk negara 'tak maju' ni.

"Dia kata Malaysia tak maju tapi kenapa dia marah tak dapat masuk Malaysia?

Antara komen netizen pada hantaran asal.

"Hek eleh, dia curi tanah orang. Duduk pun secara haram, nak kutuk-kutuk Malaysia. Patut bagi ubat overdose je dia tu," komen beberapa netizen.

Kisah jururawat ini kembali menjadi perhatian ketika dunia memberi fokus terhadap misi solidariti Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu gerakan antarabangsa yang membawa lebih 500 aktivis dari 44 negara bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke penduduk Palestin di Gaza dan mencabar sekatan laut Israel.

Misi yang membawa bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan asas itu berdepan pelbagai gangguan sepanjang pelayaran termasuk sekatan tentera laut Israel, sebelum semua peserta akhirnya dibawa ke pelabuhan Ashdod di Israel untuk disoal siasat.

Artikel Lain