SEORANG wanita berkongsi sebab mengapa dia dan suami menjarakkan kelahiran anak selama enam tahun yang dianggap terlalu lama bagi kebanyakan individu.
Menurutnya, dia sering disoal orang sekeliling tentang jarak umur anak yang jauh, namun hanya mereka yang bergelar ibu bapa memahami cabaran sebenar menguruskan keperluan anak kecil.
Faktor utama yang membuatkan dia dan suami membuat perancangan sebegitu disebabkan kos membesarkan anak yang semakin meningkat.
Ibu bapa kini menabung untuk pendidikan anak-anak pada masa depan. -Gambar hiasan
“Asyik kena tanya kenapa jarak enam tahun? Kenapa jauh sangat? Nak je jawab sebab yuran tadika RM2,000 ke atas.
"Yuran bulanan tadika pula antara RM300 hingga RM400," kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pakar buat pengiraan, kos minimum sebulan besarkan seorang anak cecah RM3,000
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat kira-kira kos bulanan, anggap mak ayah hantar anak ke taska orang berada! - “Kaya di mata aku bukan ada kereta besar”
Wanita itu turut mendedahkan bahawa kos susu anak sahaja adalah sekitar RM500 hingga RM600 sebulan, tidak termasuk keperluan asas lain.
“Susu sebulan pun RM500 hingga RM600, itu pun sekurang-kurangnya dua tahun kena tanggung. Suami pun penat bangun malam,” katanya.
- Seorang wanita jelaskan dia dan suami menjarakkan kelahiran anak selama enam tahun kerana kos membesarkan anak semakin meningkat.
- Beri contoh yuran tadika RM2,000 dengan bayaran bulanan RM300 hingga RM400, kos susu RM500 hingga RM600 sebulan.
- Dia tegaskan membesarkan anak bukan sekadar beri makan minum, tetapi tanggungjawab besar yang memerlukan perancangan rapi.
- Pendapatnya mendapat sokongan ramai ibu bapa lain yang mengakui beban kos pendidikan dan keperluan anak kecil masa kini.
- Ramai setuju zaman sekarang, mempunyai dua hingga tiga anak sudah dianggap mencukupi kerana kos sara hidup semakin tinggi.
Jelasnya, membesarkan anak bukan hanya soal memberi makan dan minum, tetapi datang dengan tanggungjawab besar yang memerlukan perancangan kewangan serta kesabaran tinggi.
“Nak bagi makan bukan asal kenyang je, banyak kena fikir sebab anak itu amanah. Bukan semata-mata rezeki,” ujarnya.
Reaksi netizen
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya, malah ramai ibu bapa lain turut berkongsi pengalaman sama mengenai tekanan kos sara hidup.
"Betul yuran tadika anak bongsu saya bulanan ialah RM300. Pada zaman sekarang memadailah ada anak dua hingga tiga orang.
"Kalau tak ada duit sejuta ringgit dalam akaun bank, agak menakutkan nak ada anak lebih dari dua orang sebenarnya," katanya.