suria

Jual lepat pisang sedap, sayangnya mulut puaka! Pakcik di pasar tani suruh wanita TTC 10 tahun izin suami kahwin lain

Peniaga perlu menjaga tutur kata apabila melayan pelanggan. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila disindir mengenai isu zuriat ketika berkunjung ke sebuah pasar tani.

Malah keterujaan untuk meraikan ibunya dengan membelikan lepat pisang kegemaran terbantut selepas bertemu dan mendengar kata-kata peniaga terbabit.

"Aku pergi pasar tani sebab mak aku nak makan lepat pisang, beli dekat pakcik mulut puaka ni, dia memang kenal aku.

"Mula-mula sampai dia tanya anak mana? Aku katalah dalam perut... kemudian dia kata tak ada anak lagi ke, berapa tahun dah kahwin.

Pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan kehadiran zuriat. -Gambar hiasan

Pasangan yang sudah berkahwin pasti mengimpikan kehadiran zuriat. -Gambar hiasan

"Aku cakaplah dah 10 tahun, dia pun cakap yang kawan dia lama juga kahwin tapi tak ada anak, lepas bercerai masing-masing dapat anak," ujarnya yang masih belum berputus asa mencuba untuk mendapat cahaya mata (TTC).

Menurut wanita ini lagi, perkara yang lebih menyedihkan apabila peniaga terbabit memintanya memberi keizinan untuk suami berkahwin lain dalam usaha mendapatkan zuriat.

Penjual lepat pisang itu turut menyatakan kepadanya bahawa tujuan seseorang itu berkahwin adalah untuk mempunyai anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa naik syahwat tengok zuriat sendiri! Rupanya anak gadis kerap sembur minyak wangi, pakai baju isteri masa muda-muda

ARTIKEL BERKAITAN: Suami haramkan ada zuriat bersama, cerai isteri selepas 7 bulan kahwin... Beri alasan masih rindu zaman bujang

"Dia kata orang kahwin memang nak anak, esok dua tiga empat tahun, kalau tiada anak bagilah suami kahwin lain," tambahnya.

Dia yang gagal mengawal situasi ketika itu akhirnya menangis sambil menghubungi suaminya.

Menurut wanita ini, dia telah berusaha dan mencuba pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.

  • Seorang wanita sedih selepas disindir peniaga di pasar tani tentang isu zuriat.
  • Peniaga itu mencadangkan agar suaminya berkahwin lain kerana sudah 10 tahun belum dikurniakan anak.
  • Wanita tersebut menangis dan menghubungi suami akibat terlalu tersinggung dengan kata-kata itu.
  • Dia menjelaskan sudah berusaha pelbagai cara termasuk berurut, berbekam, IUI dan kini dalam proses IVF.
  • Perkongsiannya meraih simpati netizen yang menasihati agar masyarakat lebih berhati-hati berbicara soal anak.

Namun, setiap usahanya masih belum berhasil.

"Aku dah usaha macam-macam, pernah berurut berkali-kali, dah cuba bekam dan berubat hingga ke Melaka.

"Sudah IUI (rawatan kesuburan Intrauterine Insemination) sekali dan sekarang tengah nak buat IVF (rawatan persenyawaan in vitro), aku dah habis beribu-ribu ringgit tapi belum berhasil.

Kebanyakan warga maya menasihatinya supaya bersabar.

Kebanyakan warga maya menasihatinya supaya bersabar.

"Siapa aku nak menidakkan takdir Allah kalau Dia kata belum masanya lagi," luahnya, sayu.

Luahan perasaannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya bersimpati dengan nasib dialami.

Tidak kurang juga yang berkongsi petua dan amalan yang dilakukan dalam ikhtiar untuk berjaya hamil.

"Siapalah saya untuk minta sis sabar, tapi dulu pernah ada orang mulut puaka soal saya pasal anak. 

"Saya jawab, pakcik ada anak pun kena berniaga lagi, kat pasar tani pula tu... macam tak guna je ada anak kalau dah bau-bau tanah pun kena kerja di jalanan lagi.

"Saya pernah ada kat tempat awak, masa tu juga suami datang maki dia sampai tak terkata," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain