suria

30 tahun jaga maruah, wanita menyesal 'ringan-ringan' dengan lelaki baru kenal! Biar diri dinodai sebab 'frust' bercinta

Maksiat adalah perbuatan yang berdosa besar tidak kira apa jua alasannya. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa kesal apabila membuat keputusan yang disifatkan sebagai 'paling bodoh' dalam hidupnya hanya kerana berpisah dengan kekasih.

Menerusi luahan yang dikongsi di media sosial, wanita itu mengakui terlalu sedih selepas putus cinta sehingga bertindak mengenali lelaki lain melalui aplikasi janji temu, Bumble.

Lebih mengejutkan, dia yang berusia 30 tahun mendedahkan sudah melakukan perkara terlarang bersama lelaki yang baru dikenalinya itu.

"Saya sedih dan sudah berputus asa untuk fikir fasal kahwin lagi. Saya ada berkenalan dengan seseorang dekat Bumble. Saya jumpa dia.

Rasa kecewa boleh menjadi punca seseorang bertindak luar kawalan. -Gambar hiasan

"Kami ada lepak dalam kereta. Kemudian tanpa sedar, saya 'ringan-ringan' dengan lelaki itu yang mana perbuatan itu kali pertama bagi saya.

"Betul-betul dengan lelaki asing (baru kenal). Sekarang saya tak tahu nak buat apa. Saya rasa kosong. Penat nak hidup," luahnya.

Menurutnya, dia sangat menyesal kerana amat menjaga maruah diri sepanjang bersama bekas kekasih dan tidak pernah bergaul bebas dengan lelaki. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dipaksa sebut ‘I love you’ jadi mangsa gangguan seksual... lelaki tak dikenali ugut nak cari di tempat kerja, mujur cubaan sentuh gagal

ARTIKEL BERKAITAN: Gesel dada pada badan pelajar, kemudian senyum....apa hal lelaki ni?

Namun kekecewaan akibat kegagalan dalam hubungan percintaan membuatkan dirinya hilang pertimbangan.

Wanita itu turut menjelaskan bahawa dia tidak sampai ke tahap melakukan hubungan intim, tetapi tetap menyesal kerana membenarkan lelaki tersebut menyentuhnya.

"Sekarang saya rasa hidup sia-sia sebab saya jaga status anak dara selama 30 tahun. Tapi saya pilih untuk musnahkan sebab putus cinta.

  • Wanita usia 30 tahun kesal, anggap buat keputusan paling bodoh hanya kerana putus cinta.
  • Dia kenal lelaki di Bumble dan buat maksiat 'ringan-ringan'.
  • Selama ini dia jaga maruah diri, namun kecundang kerana terlalu kecewa.
  • Dia juga terkejut dapat tahu lelaki baru dikenali itu sudah beristeri.
  • Netizen nasihat supaya bertaubat, 'move on' dan fokus bina semula hidup.

"Entah la, adakah saya terlalu bodoh. Saya terdiam je sekarang. Tak ada adik beradik nak luah masalah. Saya sendirian.

"Mak ayah saya terlalu tua untuk tahu semua masalah saya. Hidup je la macam mana pun," jelas wanita itu lagi.

Lebih menyedihkan apabila dia kemudian mendapat tahu bahawa lelaki berkenaan sudah beristeri, membuatkan dia nekad untuk berpisah kerana ingin mencari pasangan hidup yang serius.

Kekecewaan tidak sepatutnya menjadi lesen untuk seorang wanita bebas melakukan maksiat. -Gambar hiasan AI

Selepas berkongsi luahan hati, rata-rata netizen menasihati wanita ini agar bertaubat dan tidak mengulangi kesilapan sama.

"Tolong alihkan fokus kepada benda lain macam hobi atau tujuan untuk hidup.

"Buat solat taubat. Berhenti berhubung dengan mamat tu dan move on. Jangan kongsi dengan orang lain masalah ini. Mereka mungkin gunakan perkara ini untuk jatuhkan awak.

"Sejujurnya 30 tahun masih muda. Jangan putus asa sebab masa awak tak sama dengan kawan yang dah kahwin. Allah Maha Baik, taubat dan insya-Allah jodoh baik akan datang,” komen beberapa netizen.

Artikel Lain