WANITA yang akan melahirkan cahaya mata pastinya mendambakan kehadiran dan sokongan suami di sisi.
Namun, seorang wanita di laman X mendedahkan suaminya akan pergi bercuti ketika dia menjalani tempoh berpantang pada pertengahan November depan.
"Aku dijangka bersalin pada 13 November. Tapi keluarga mentua ada perancangan bercuti dekat pulau pada 26 November.
Suami perlu memainkan peranan ketika isteri berpantang. -Gambar hiasan
"Patutnya mereka ajak aku, tapi masa tu mestilah aku tengah berpantang. Tapi yang ralatnya, suami aku akan sertai trip itu.
"Dia kena ikut sebab nak cukupkan 'pax' (jumlah peserta) yang ditetapkan ejen," luah wanita itu.
Wanita ini mengakui dia sedih mengenangkan sikap suami yang tidak sensitif sehingga sanggup membelakangi isteri demi percutian keluarga.
- Isteri sedih suami mahu bercuti ketika dia berpantang.
- Suami setuju 'join' percutian keluarga walau tahu isteri nak bersalin.
- Keputusan dibuat atas alasan nak cukupkan jumlah 'pax' peserta.
- Isteri dijangka bersalin pada 13 November dan percutian pada 26 November.
"Awalnya aku ingat suami tak akan pergi kerana kesian dengan aku yang baru bersalin. Tapi bila tahu dia join, sedihlah juga," luahnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan suami wanita itu yang dianggap tidak bertanggungjawab.
Malah, ada netizen yang memberi cadangan kepada wanita itu supaya berpisah dengan suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang anak sulung, suami mengaku terlanjur dengan bapa mentua! Nafsu gelora lepas cuci rumah sewa - “Dia puji saya seksi”
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri baru habis pantang ajak pergi bercuti, suami terus lafaz talak sebab mak ayah hasut! Lepas 2 bulan rayu nak rujuk
"Dalam keluarga tu memang tak ada seorang pun yang ada common sense ke?
"Bersalin dan pantang di rumah keluarga sendiri je. Tenangkan diri, lepas tu baru pergi pejabat agama dan ambil borang cerai.
"Memang patut sedih. Dalam tempoh berpantang, memang perlukan bantuan suami," tulis beberapa netizen.