BARU berpindah ke rumah sewa baharu, wanita ini meluahkan rasa tidak selesa apabila rakan serumah membawa teman lelaki dan kawan berlainan jantina masuk ke kediaman mereka.
Menurut wanita berkenaan, dia pada mulanya menyangka unit dengan dua penyewa itu akan memberikan lebih privasi, memandangkan diiklankan khas untuk penyewa perempuan sahaja.
Namun dia sangat kecewa selepas mengetahui salah seorang penyewa bertindak membawa masuk lelaki ke rumah sewa mereka yang terletak di Kota Damansara, Selangor.
Elak bawa lelaki bukan mahram ke rumah sewa. -Gambar hiasan
"Ingatkan boleh dapat lebih privasi rupanya salah seorang daripada mereka jenis bawa boyfriend dan kawan-kawan lelaki masuk rumah.
"Sebab dalam perjanjian sewa tu terang-terang cakap 'no overnight visitor' dibenarkan dan rumah tu semua perempuan sahaja," jelasnya.
Tambahnya lagi, pengalaman di rumah sewa terdahulu yang mana dia berdepan situasi hampir sama membuatkan dia bimbang masalah serupa akan berulang.
ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nak simbah kuah ke muka! Wanita tahan sabar layan perangai rakan serumah, senyap-senyap ‘rembat’ udang dalam periuk
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram rakan serumah jahil agama, galak buat ‘video call’ dengan BF sampai nampak aurat orang lain... Melenting ditegur pasal solat
Bagaimanapun buat masa ini dia masih di fasa memerhati keadaan, justeru belum mengambil tindakan lanjut atau mempertimbangkan untuk memaklumkan perkara ini kepada ejen.
"Penyewa perempuan tu orang Melayu. Sudah la kalau nak pergi tandas, kena lalu dapur dan dia cakap teman lelaki dan kawan-kawan tu lepak dekat dapur.
"Rumah sewa lama aku dulu pun ada seorang ni suka bawa teman lelaki masuk rumah lepas tu selamba tidur dekat ruang tamu bagai.
- Seorang wanita tak selesa 'housemate' sering bawa kekasih dan kawan lelaki ke rumah.
- Rumah itu diiklankan untuk wanita sahaja dan dalam perjanjian tak benarkan pelawat bermalam.
- Dia tiada privasi kerana perlu lalu dapur, tempat lelaki-lelaki itu melepak.
- Wanita itu pernah alami situasi sama di rumah sewa lama.
- Netizen sarankan lapor pada ejen atau tuan rumah dan pindah jika keadaan berlanjutan.
"Jadi aku tahu betapa tak selesanya aku nanti," ujarnya menceritakan pengalaman menyewa di rumah lama yang tidak dinyatakan lokasi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsi pendapat sebagaimana yang diharapkan wanita ini.
Rata-rata menyuruh agar dia segera memaklumkan kepada pihak ejen atau pemilik rumah memandangkan situasi itu jelas melanggar syarat perjanjian.
Komen netizen.
"Beritahu je pada tuan rumah. Sudah terang-terangan langgar hak privasi dan perjanjian dengan tuan rumah.
"Rakam dan simpan bukti. Kalau tak tahan, buat aduan pada ejen dan minta jasa baik dia carikan rumah lain untuk pindah.
"Awak tahu apa nak kena buat. Kalau masih tak selesai, ambil semula pulangan wang dan pindah keluar," komen beberapa netizen.