JANGAN sesekali menilai seseorang hanya berdasarkan rupa luaran kerana pandangan mata tidak selalu membawa kebenaran.
Kadang-kadang, orang yang dianggap biasa sebenarnya memiliki sisi yang tidak pernah kita sangka.
Di Thread, tular perkongsian mengenai seorang lelaki berusia yang didakwa memiliki simpanan wang hampir RM1 juta.
Segelintir orang kampung menjana pendapatan lumayan dengan menjalankan perniagaan. -Gambar hiasan
"Tadi pergi bank, tertengok online banking pakcik ni RM932,000. Orang kampung je. Bank pun 'bank kampung' je.
"Seronoknya hidup orang tak kenal. Orang pun tak meminta walau kau jutawan sebab tak kenal sangat," tulis pemuda itu.
Di ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kisah hampir sama mengenai individu yang kelihatan biasa, namun sebenarnya kaya.
- Pemuda kongsi cerita jumpa seorang pakcik di sebuah bank.
- Dia ternampak baki akaun pakcik itu yang memiliki wang hampir RM1 juta.
- Dia menggambarkan pakcik itu seperti orang kampung biasa sahaja.
- Netizen kata ramai orang kampung sebenarnya berharta.
"Masa dekat bank, ada uncle Cina minta aku tolong isi borang masuk duit. Aku tanya nak masuk berapa, dia kata 30. Rupanya RM30,000.
"Pakcik suami saya kaya tapi diam je. Dia orang kampung, pekebun skala besar. Sekali tuai hasil tembikai, bawa cash dalam guni pergi beli tanah.
"Mak dan abah saya peneroka Felda. Pendapatan setiap bulan RM6,000 paling minimun. Untuk makan berdua umur 75. Belanja harian guna duit anak bagi setiap bulan," tulis beberapa individu.
ARTIKEL BERKAITAN: Rakan 'try hard' nak nampak kaya, kerap tukar iPhone guna biasiswa tapi sibuk kritik orang lain beli air mineral mahal
ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes maju, kereta banyak tapi duduk rumah sewa... Lelaki ini bahagia bayar RM210 sebulan sejak 14 tahun lalu
Pada masa sama, netizen turut meluahkan rasa kagum terhadap orang kampung yang sebenarnya lebih berharta daripada warga kota.
"Yang miskin di bandar ada merata-rata. Cuba tanya, lepas seminggu dapat gaji, simpanan tak cukup.
"Orang bandar tak kaya sangat pun. Tinggal pun dekat flat," tulis beberapa individu lagi.