JEMPUTAN menghadiri majlis keraian seperti kenduri akikah pastinya dijadikan peluang untuk keluarga serta kenalan rapat berkumpul dan beramah mesra.
Namun, majlis yang sepatutnya sederhana dan penuh bermakna itu boleh bertukar huru-hara apabila urusan berkaitan jemputan tetamu tidak dikawal dengan baik.
Menurut seorang wanita, dia kecewa dengan sikap ahli keluarga kepada pihak yang menganjurkan kenduri kerana tanpa segan silu menjemput kenalan sendiri ke majlis seperti itu tanpa kebenaran.
Pihak keluarga tidak perlu masuk campur urusan akikah sebelum mendapat keizinan daripada tuan badan. -Gambar hiasan
"Kos katering, goodies (buah tangan), kambing (untuk akikah) tu semua ibu bapa budak tu yang bayar dari A hingga Z.
"Tapi nenek dia sibuk jemput kawan-kawan, sepupu sepapat serta jiran-jiran. Pakcik makcik budak tu pun sibuk nak jemput keluarga belah isteri dan suami masing-masing," jelasnya.
Pengadu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada situasi itu berlaku kepadanya sendiri atau sekadar berkongsi kisah pihak lain.
Namun dalam luahannya, dia menyatakan tuan rumah majlis akikah berkenaan terpaksa menghadkan jemputan kenalan sendiri kerana bimbang makanan yang disediakan tidak mencukupi memandangkan jumlah tetamu meningkat tanpa kawalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin stres... Saat akhir ibu saudara sibuk nak 'selit' majlis akikah sebelum acara bersanding, nak panggil tetamu sendiri
ARTIKEL BERKAITAN: Bekas rakan sekerja muncul semula lepas lama menyepi... Rupanya nak pinjam RM3,000 buat majlis akikah anak
Lebih menyakitkan hati apabila pihak keluarga turut membuat permintaan supaya tuan rumah yang mengadakan majlis ini untuk menyediakan kad jemputan dan buah tangan.
"Kalau jenis minta izin dulu dengan mak ayah budak tu tak apa juga. Ni tahu-tahu sudah jemput kenalan dia tu.
"Lepas tu siap suruh buat kad jemputan yang ada details majlis sebab nak bagi dekat kawan-kawan dia.
- Wanita kecewa keluarga selamba jemput kenalan sendiri ke majlis kenduri orang lain.
- Semua kos ditanggung tuan rumah, tapi nenek dan saudara-mara sibuk tambah jemputan.
- Keluarga siap minta kad jemputan dan 100 beg goodies tanpa hulur duit.
- Netizen nasihat pasangan lebih tegas urus jemputan majlis.
- Ramai pesan rancang senyap-senyap elak majlis tumpang 'reunion'.
"Siap suruh beli goodies sampai 100 bungkusan untuk kenalan dia. Duit tak ada hulur. Jadi ini majlis siapa sebenarnya?" katanya lagi.
Luahan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang kebanyakannya kecewa dengan sikap ahli keluarga seperti itu.
Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan agar pasangan suami isteri lebih berhati-hati ketika merancang majlis keluarga.
Komen warga maya pada hantaran asal.
"Kena cakap awal-awal (dekat keluarga) bajet jumlah tetamu. Payahlah kalau orang punya bajet tapi nak jemput ikut suka hati je.
"Sebab tu sebaiknya rancang suami isteri je jangan bising beritahu ahli keluarga lain. Bagi jemputan je bila dah nak dekat tarikh (hari kejadian). Hati pun tak sakit.
"Kalau macam tu, terus beritahu jemputan dah penuh. Kalau nak tambah jemputan, kena tambah duit. Pelik juga orang macam ni ye. Tumpang buat reunion ke apa," komen beberapa netizen.