suria

Suami tak ampun, anggap isteri derhaka hadiahkan bapa sendiri sebuah kereta... Suruh jual semula jika mahu berdamai

Setiap anak pastinya mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan ibu bapanya. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita berada dalam dilema apabila tindakannya membeli sebuah kereta untuk bapanya tanpa izin suami mengundang ketegangan dalam rumah tangga.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu berkata, keputusan tersebut dibuat kerana terlalu ingin memenuhi hasrat bapanya yang sudah sekian lama mahu memiliki kenderaan sendiri.

"Bulan Februari lalu saya ada belikan kereta untuk ayah saya. Saya tahu yang ayah memang teringin sangat untuk memiliki sebuah kereta.

Cari jalan yang betul untuk membahagiakan ibu bapa tanpa membebankan diri. -Gambar hiasan AI

"Jadi saya pun pejam mata, bagi je duit kepada ayah untuk dia beli kereta," tulis individu berkenaan dalam hantaran di Threads.

Namun menurut wanita itu, suaminya tidak merestui tindakannya membeli kereta berkenaan, tanpa mendedahkan model kenderaan tersebut secara terperinci.

Bagaimanapun, dia tetap meneruskan hasrat kerana merasakan wang yang digunakan adalah miliknya sendiri.

"Suami tak benarkan saya beli tapi saya tetap teruskan juga sebab tak rasa ia adalah salah. Saya guna duit sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak monyok ibu belikan Axia, jurujual geram terus ‘sound’ remaja tak bersyukur - “Nak Myvi macam kawan punya”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah fikir saya main-main” - Dah 2 kali anak nelayan hadiahkan kereta untuk bapa dalam masa 4 tahun, tapi pemberian kali ini buat dirinya sebak

"Tapi sampai sekarang suami saya dah macam tak suka pada famili... dia cakap yang saya ni derhaka tak dengar arahan dia.

"Dia kata untuk betulkan keadaan, jual kereta tu. Baru dia ampunkan saya dan famili," luahnya lagi.

Susulan syarat yang ditetapkan suami, wanita itu mengakui dia kini berdepan dilema dan berbelah bahagi untuk menjaga hati kedua-dua belah pihak.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan rata-rata tampil memberikan pandangan terhadap situasi berkenaan.

  • Wanita buntu beli kereta untuk ayah tanpa izin suami, rumah tangga jadi tegang.
  • Dia guna duit sendiri walaupun suami larang, anggap tak bersalah.
  • Suami tuduh derhaka, minta kereta dijual untuk pulihkan keadaan.
  • Kini dia tersepit antara ayah dan suami.
  • Netizen berbelah bahagi, ada sokong, ada minta faham suami.

Namun, tidak kurang juga yang melihat isu tersebut dari sudut berbeza dan meminta wanita itu meletakkan diri di tempat pasangannya.

"Suami awak tu mandchild (tidak matang). Dengan bapa awak pun dia nak dengki. Bapa lagi penting. Suami boleh 'tukar'.

"Suami nak belikan kereta untuk mak dia... tapi awak tak benarkan. Tapi dia tetap belikan juga. Bagaimana?," komen beberapa netizen.

Artikel Lain