MESKIPUN sudah menggunakan alat perancang kehamilan, penyanyi dan personaliti media sosial, Aurel Hermansyah masih berasa risau sekiranya dia akan hamil anak ketiga.
Memetik laporan Suara.com, perkara tersebut timbul apabila Aurel, 27, berkongsikan yang dia dan suami Atta Halilintar sedang bercuti di Singapura.
Dalam gembira menikmati makan malam berdua di bilik hotel, Aurel berseloroh bahawa percutian itu mungkin akan membuatkan dia hamil anak ketiga.
Atta dan Aurel kini mempunyai dua cahaya mata.
"Cuma rasa seram, nanti Amena dan Azura dapat adik pula.
"Tetapi saya sudah pasang spiral (alat dalam rahim), tapi dengar cerita ada juga kawan yang tetap hamil walaupun guna benda itu," katanya.
Lebih melucukan, Aurel sempat meminta pandangan pengikut tentang kaedah yang paling berkesan untuk mencegah kehamilan.
ARTIKEL BERKAITAN: Masjid kelima milik Atta Halilintar sudah beroperasi, pasang impian bina lebih banyak rumah Allah
ARTIKEL BERKAITAN: Atta Halilintar tamat pengajian sekolah menengah pada usia 30 tahun, luah hasrat sambung belajar dalam bidang undang-undang
"Apa sebenarnya cara paling selamat ya?" soalnya.
Untuk rekod, Aurel dan Atta mendirikan rumah tangga pada 3 April 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta, 3, dan Azura Nur Atta, 2 tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube