ANAK kedua kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra mendedahkan sikap tegas dan garang yang dimilikinya banyak dipengaruhi oleh cara didikan bapa ketika dia masih kecil.
Kata Qadejah atau mesra disapa Cess, 15, dia menyedari layanan yang diterima adik-adiknya kini jauh berbeza berbanding zaman dia dibesarkan.
Oleh itu, Qadejah menjelaskan sikap tegas terhadap adik-beradik bukan kerana marah semata-mata, sebaliknya lahir daripada rasa sayang dan tanggungjawab untuk mendidik mereka supaya lebih berdisiplin.
Qadejah banyak ikut teladan bapanya.
“Saya sangat garang sebab dulu abah sangat garang dengan saya. Tapi saya pelik bila adik-adik lain abah tak layan macam saya kena.
“Bagi saya mereka terlalu manja jadi saya kena garang juga sebab saya nampak abah dah banyak tone down berbanding dulu.
“Masa kecil saya lakukan perkara abah tak suka kena marah, tapi Raudah buat tak kena pula. Namun saya marah sebab sayang dan nak mereka hormat orang,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Qadejah berkata bapanya kini lebih memahami anak-anak dan tidak lagi terlalu keras seperti dahulu.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri sudah set standard dalam keluarga, anak gadis tak fikir kahwin awal... Hidup selesa sebab bapa sedia segalanya
ARTIKEL BERKAITAN: Shahida lega bukan kanser, anak perempuan Aliff Syukri dijangkiti bakteria daripada kucing
Tambahnya, walaupun tegas, dia tetap cuba menyeimbangkan hubungan dengan adik-adik supaya mereka tidak terasa hati.
“Abah memang selalu manjakan kami semua cuma sekarang abah lebih memahami anak-anaknya.
“Kadang-kadang saya ada rasa juga bila marah mereka, mereka tak suka jadi saya akan minta maaf dan beritahu saya marah sebab sayang.
“Kemudian saya akan belanja mereka gula-gula lepas kena marah,” ujarnya sambil ketawa.
Qadejah garang kerana sayang adik-adiknya.
Sementara itu, Qadejah tidak menafikan ada antara adik-adiknya yang agak sukar dikawal walaupun sudah ditegur berulang kali.
“Kalau tanya saya, paling susah nak dengar cakap Yusoff dengan Ibraheem.
“Mereka akan dengar pada awalnya tapi beberapa hari kemudian kembali buat perangai,” jelasnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!