suria

Tom tak izin anak masuk asrama, biar ikut langkah jadi pemuzik

Tom pernah membesarkan dua orang anak lelakinya seorang diri.

BIMBANG dengan kes buli yang semakin meningkat, penyanyi Tom mengambil keputusan untuk tidak menghantar dua anak lelakinya ke sekolah berasrama.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 38, berkata dia tidak sanggup melihat anak-anaknya menjadi mangsa, apatah lagi setelah membesarkan mereka seorang diri selama ini.

"Memang tak mungkin saya akan benarkan anak-anak masuk ke mana-mana asrama, walaupun mereka terpilih suatu hari nanti.

Tom membesarkan dua anak lelakinya seorang diri.

"Sekarang ini macam-macam kes buli berlaku. Saya takut sangat. Nak lahirkan, mengandung, besarkan anak bukan perkara mudah," katanya menerusi hantaran di InstaStory miliknya.

Menurut Tom, dia membesarkan sendiri dua anak lelakinya iaitu Adler dan Evans, sebelum berkahwin semula dan kini dibantu oleh suami, Fuad Rahman.

"Memang saya seorang yang besarkan Adler dan Evans. Sekarang ini Alhamdulillah, saya dah kahwin dan ada suami yang turut sama-sama menjaga mereka," katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom hilang sabar baca komen ‘makcik’ TikTok, bagi masa 24 jam sebelum buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak-anak dah tanya tapi Tom belum bersedia pakai tudung... Rancang tunai umrah bersama suami tahun depan

Dalam perkongsian itu juga, Tom memberitahu bahawa anak ketiganya, Evans, pernah menyatakan hasrat untuk menyertai tentera, namun kini dia tidak mengizinkannya.

Malah Tom berharap anaknya itu turut mengikut jejak langkahnya sebagai seorang penghibur.

"Evans memang pernah cakap nak jadi askar, tapi saya tak benarkan. Askar kena duduk dalam kem, jauh dari keluarga. Saya lebih suka kalau dia ikut jejak saya jadi pemuzik," ujarnya.

Dari dulu lagi, tak pernah berjauhan dengan anak-anak.

TOM

PENYANYI

Tambah Tom, dia lebih rela melihat anak-anak membesar di depan mata agar keselamatan mereka lebih terjamin.

Tegasnya, anak bongsunya iaitu Anggun juga tidak akan dibenarkan ke sekolah berasrama.

"Duduklah dengan mama, tak perlu ke asrama mana-mana. Saya memang tak yakin. Dari dulu lagi, tak pernah berjauhan dengan anak-anak. Ke mana saja saya pergi, mereka akan ikut. Susah senang, kami bersama," katanya lagi.

Tom mahu anak-anak ikut jejak langkahnya.

Untuk rekod, Tom mendirikan rumah tangga bersama Fuad pada Februari 2025 dan memiliki sorang cahaya mata perempuan.

Sebelum itu, Tom pernah berkahwin sebanyak dua kali dan berakhir penceraian.

Hasil perkahwinan tersebut dia memiliki tiga orang anak lelaki iaitu Megat Ariel Shakur, Putera Adler Iesta,  Putera Evans Ezra.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain