suria

Bimbang terkeluar suara ‘angsa’, Ahmad Dayyan takut dikecam

Amad gementar pertama kali masuk pertandingan.

PERTAMA kali menyertai pertandingan nyanyian, penyanyi cilik Ahmad Dayyan meluahkan rasa bimbang sekiranya tersilap tingkah semasa membuat persembahan sepanjang penyertaan dalam program Talk To My Manager. 

Ahmad atau mesra disapa Amad, 13, berkata pengalaman terkucil semasa menyanyi dalam satu acara besar sebelum ini menyebabkan dia takut untuk beraksi di atas pentas rancangan realiti.

"Ini pertama kali, memang risau terkeluar suara angsa sebab itu takut nak masuk rancangan realiti. 

Amad dengar nasihat ibu.

"Tapi kalau menyanyi di acara-acara biasa saya okay dan sangat yakin," katanya kepada mStar.

Amad juga risau sekiranya perlu membawa lagu-lagu yang bernada tinggi kerana peluang untuk tersalah nada sangat mudah.

Tambahnya lagi, kesilapan kecil akan menjadi bahan kecaman ramai yang tidak senang dengan kerjayanya kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Dayyan tak anggap diri lebih hebat daripada kakak... Pilih karier nyanyian berbanding takraw selepas viral

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Umai, kali ini Amad pula tunjuk bakat… Siti Saerah sokong minat anak-anak menyanyi

"Saya paling takut kena nyanyi lagu tinggi-tinggi seperti lagu ibu saudara saya (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Datuk Awie atau Mus May.

"Saya takut kena kecam sebab akan ada saja yang cari salah saya," luahnya lagi.

Sementara itu, ibu Amad, penyanyi Siti Saerah, berkata anaknya hampir patah semangat selepas insiden tersebut di Singapura. 

Sebagai ibu sentiasa beri pandangan positif kepada dirinya.

SITI SAERAH

PENYANYI

Bagaimanapun sokongan ramai membantu Amad bangkit dan bersedia menyertai rancangan realiti.

"Sebagai ibu sentiasa beri pandangan positif kepada dirinya. Saya minta dia jangan risau dan jadikan kejadian tersebut sebagai satu proses pembelajaran.

"Jika tidak dia akan sentiasa rasa nyanyian sempurna. Dari situ juga dia bersedia untuk sertai program ini," ujarnya.

Amad tak kekok berada di depan orang ramai.

Saerah turut menambah penyertaan Amad dalam rancangan ini bertujuan untuk mendidik dirinya agar lebih terbiasa dengan media dan pertandingan.

"Dia tak pernah terdedah dengan progam televisyen atau media, sebab dia viral sangat drastik.

"Memula saya risau juga dia mengalami kejutan budaya kerana semua orang tumpu pada dia," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain