NAMA pelakon Bollywood Hrithik Roshan menjadi bualan ramai susulan luahan peminat yang kecewa kerana tidak dapat bertemunya dalam satu acara.
Lebih membuatkan peminat berang apabila menerima layanan kurang baik oleh pihak penganjur sempena acara bertemu peminat di Texas, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.
Dalam masa sama, Hrithik sendiri dikatakan tidak mahu meluangkan masa bertemu peminat yang sanggup menunggu selama lebih dua jam.
Luahan rasa kecewa peminat terhadap Hrithik.
Menambah kemarahan, mereka yang beratur ketika itu perlu membayar kira-kira RM6,000 bagi satu sesi ramah mesra seperti yang dijanjikan.
"Belanja RM6,000 ditambah dengan wang tiket masuk untuk berjumpa Hrithik namun tidak dapat bergambar. Beratur selama dua jam namun hampa.
"Dia tidak mahu bergambar dengan separuh peminat yang telah berbaris. Kami tunggu dalam keadaan cuaca sejuk.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa dedah Hrithik Roshan bijak tapi gagap, pernah kurung diri dalam bilik air sebab malu
ARTIKEL BERKAITAN: Hrithik Roshan patah tulang punggung ketika penggambaran ‘Kaho Naa Pyar Hai’
"Kami sayang Hrithik, namun acara tidak teratur dan dia menjengkelkan," komen peminat.
Hrithik kini sedang mengadakan siri jelajah di Amerika Syarikat untuk bertemu peminat sempena 25 tahun dalam dunia seni.
Selain Texas dia juga akan bertemu peminat di New Jersey, Chicago dan Bay Area.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!