suria

Enggan anak bangsa tercicir dalam pelajaran, Cinta Laura buka sekolah sendiri sejak 2006

Laura gembira dapat bantu sediakan pendidikan untuk penduduk setempat.

ENGGAN kebaikannya diketahui umum, pelakon Cinta Laura rupanya mempunyai sebuah sekolah yang dibina dengan menggunakan wangnya sendiri bagi membantu kanak-kanak kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan percuma. 

Memetik laporan Suara.com, Laura membina sekolah tersebut di Bogor, Jawa Barat sejak 2006 dan ia masih wujud sehingga ke hari ini.

Laura, 31, berkata, keputusan membuka sekolah tersebut kerana prihatin dengan nasib kanak-kanak tercicir di daerah tersebut.

"Mungkin ramai yang tidak tahu, saya dan keluarga menubuhkan sekolah itu sejak tahun 2006 iaitu 19 tahun yang lalu. 

Laura turut menjadi guru di sekolah berkenaan.

Laura turut menjadi guru di sekolah berkenaan.

"Pada awalnya kami membina sebuah sekolah rendah kerana ia berada di kawasan kaki Gunung Salak tapi ramai tidak menyambung belajar selepas itu. 

“Jadi kami bina pula sekolah menengah di kawasan sama bagi membolehkan mereka mendapat pendidikan menyeluruh," katanya.

Tambah Luara, dia bersyukur apabila sekolah berkenaan dapat memberi manfaat dan membantu kanak-kanak di kawasan itu mendapat pendidikan sewajarnya. 

Apatah lagi penduduk di situ berdepan masalah kewangan sehingga tidak mampu menghantar anak-anak mereka mendapatkan pendidikan di kawasan bandar.

ARTIKEL BERKAITAN: Masjid kelima milik Atta Halilintar sudah beroperasi, pasang impian bina lebih banyak rumah Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Kanye West dedah amal hubungan sejenis, buat seks oral dengan sepupu sendiri

"Mereka tidak mempunyai dana mencukupi untuk pergi ke bandar atau kampung terdekat bagi menyambung pelajaran.

"Sekolah itu sudah terbina hampir 20 tahun dan ada di antara mereka yang sudah belajar di luar negara serta mendapat biasiswa kerajaan," ujarnya.

Tidak hanya itu, Luara juga memberitahu dia adalah salah serorang tenaga pengajar di sekolah berkenaan sekiranya mempunyai masa terluang.

"Sejujurnya saya bukan guru tapi saya percaya ilmu saya cukup untuk membantu mereka," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain