suria

Ramai bimbangkan kesihatan Justin Bieber, rupanya isteri sedang derita ketumbuhan

Peminat sebelum ini bimbang melihat kehidupan Justin (kiri) yang dikatakan tidak terurus.

KETIKA peminat bimbang melihat keadaan tidak terurus penyanyi Justin Bieber, isterinya pula mendedahkan sedang menderita masalah ketumbuhan pada bahagian sistem peranakan.

Hailey, 28, berkata, terdapat dua ketumbuhan cyst pada bahagian ovarinya yang menyebabkan perutnya kelihatan besar seperti sedang hamil.

Malah Hailey turut memuat naik foto yang jelas memperlihatkan perutnya semakin membesar di Instagram sebagai bukti.

Hailey mempunyai dua ketumbuhan cyst pada ovari.

“Ketika ini saya sedang berdepan masalah ketumbuhan pada bahagian ovari. Jika anda mengalami masalah sama, anda tidak keseorangan,” katanya.

Masalah itu bukan perkara baru buat Hailey malah pernah berdepan ketumbuhan sama pada 2022 sehingga ramai menyangka dia sdang hamil.

Kata Hailey, saiz cyst tersebut hanya sebesar buah epal dan dia tidak menyedari mengenai ketumbuhan itu sehingga diberitahu tentang perubahan pada bentuk badannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Herdik paparazi macam hilang akal, peminat bimbang tengok perangai Justin Bieber

ARTIKEL BERKAITAN: Datang ‘birthday party’, netizen teruja lihat reaksi Justin Bieber cium rakan baik

Sebelum ini, pelbagai spekulasi timbul mengenai perkahwinan Justin dan Hailey yang didakwa berada di ambang kehancuran.

Pada awal Januari, Justin dilaporkan telah menyahikut Hailey di Instagram namun memberitahu bahawa akaun miliknya telah digodam.

Tidak hanya itu, penampilan Justin yang tak terurus seakan-akan mengiyakan khabar angin tentang masalah rumah tangga mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain