PERSONALITI media sosial Indonesia, Ria Ricis memilih bahagian otak lembu daripada ibadah korban untuk diberikan kepada anak perempuannya iaitu Cut Raifa Aramoana.
Grid ID melaporkan, Ria memberitahu otak lembu mempunyai khasiat yang baik untuk perkembangan kanak-kanak.
“Kalau di bahagian seekor lembu, saya suka otak kerana jika dimasak ia bagus untuk diberikan kepada anak-anak,” katanya.
Ria dan Moana sewaktu menyaksikan ibadah korban dilakukan.
Dalam pada itu, Ria memberitahu dia mempunyai cara untuk mengolah otak lembu dalam masakan agar anaknya dapat menikmati makanan tersebut dengan berselera.
“Tapi kalau masak otak lembu, saya akan pastikan ia tidak berbau dan sedap untuk dimakan.
“Saya memang mengutamakan makanan asli kepada Moana (anak) berbanding memberikan dia makanan tambahan seperti vitamin,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Puteri sulung minta adik buat teman bermain, Ria Ricis cadang ambil anak angkat
ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis tak rancang kahwin Aisar Khaled, video ‘dating’ hanya urusan kerja
Pada sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini, Ria mengorbankan beberapa ekor kambing serta lembu dan ibadah korban itu dilakukan di Pesantren Maskanul Huffadz, Bintaro, Tangerang Selatan, Indonesia.
Personaliti itu sempat menyaksikan sendiri ibadah korban tersebut dan menitiskan air mata sewaktu upacara sembelihan dilakukan.
Untuk rekod, Ria mendirikan rumah tangga dengan pelakon Teuku Ryan pada 12 November 2021 namun perkahwinan itu berakhir dengan penceraian pada 3 Mei 2024.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube