TIDAK sampai sebulan diumumkan sebagai naib juara program Indonesian Idol musim ke-13, nama penyanyi Fajar Noor sudah mula terpalit dengan kontroversi apabila dia didakwa berlaku curang.
Tular kisah Fajar kononnya mempunyai hubungan dengan pelakon Amanda Lucson sedangkan kini dia sedang bercinta dengan Shabrina Leanor yang merupakan juara program berkenaan.
Situasi menjadi lebih rumit apabila Amanda berkongsi perbualan bersama Fajar di media sosial bagi membuktikan dia tidak mengetahui hubungan lelaki itu bersama Shabrina.
Fajar (kanan) didakwa menjalin hubungan dengan Amanda (kiri) dan Sharbina.
Menerusi perbualan itu, Fajar menafikan dia dan Shabrina adalah kekasih seperti yang hangat diperkatakan.
“Tidaklah (menafikan dakwaan bercinta), tetapi tiba-tiba media hebohkan isu ini (gosip cinta). Jangan pergi ya,” tulis Fajar.
Dalam perkongsian tersebut Amanda memberitahu mereka mula berkenaan sejak Mac lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa segan silu tayang aksi bercium, 2 peserta Indonesian Idol dianggap tak sedar diri
ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty beri Afgan amaran, naib juara Indonesian Idol bakal jadi pesaingnya
Namun hubungan mereka sedikit renggang selepas Fajar sibuk mengikuti program Indonesian Idol.
Pendedahan Amanda itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen termasuk melabelkan Fajar mengalami kejutan budaya selepas popular.
Malah menerusi tinjauan juga, peminat mula menunjukkan protes terhadap Fajar sehingga jumlah pengikut di Instagram menurun sebanyak 20,000.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube