suria

Suzy tidak hadir majlis kahwin Min, cetus spekulasi pergaduhan dengan Miss A

Suzy (kiri) tidak hadir di majlis perkahwinan bekas anggota kumpulan Miss A.

KETIADAAN pelakon Bae Suzy di majlis perkahwinan bekas anggota kumpulan Miss A iaitu Min menguatkan lagi dakwaan ketegangan yang berlaku antara mereka. 

Allkpop melaporkan, kelibat Suzy tidak kelihatan di majlis tersebut selain tiada ucapan tahniah dibuat oleh pelakon berkenaan sekali gus mencetuskan spekulasi baharu tentang perpecahan dalam kumpulan itu. 

Dalam masa sama, peminat mula menyedari pelakon drama Start Up itu tidak lagi mengikuti media sosial anggota kumpulan Miss A yang lain. 

Suzy keluar daripada Miss A untuk memberi fokus terhadap kerjaya lakonan.

Suzy keluar daripada Miss A untuk memberi fokus terhadap kerjaya lakonan.

Malah ketika sambutan ulang tahun anggota lain, tiada sebarang ucapan daripada Suzy meskipun pernah mengakui masih mengekalkan hubungan baik sebagai rakan artis. 

Sebelum ini menerusi temu bual bersama media, Suzy memberitahu dia terpaksa keluar daripada kumpulan Miss A kerana sibuk dengan jadual lakonan sehingga kurang waktu berlatih bersama angota lain. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kazuha Le Sserafim dituduh tiru Suzy, peminat suruh cari identiti sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Berselendang ketika penggambaran drama di Maghribi, Suzy dipuji hormati masyarakat Muslim

“Saya gembira untuk debut dengan anggota lebih tua tetapi pada masa saya saya bimbang tidak mempunyai banyak masa berlatih bersama mereka,” ujarnya. 

Untuk info, Suzy merupakan anggota Miss A pada 2010 dan menjadi ahli paling muda dalam kumpulan berkenaan. 

Bagaimanapun, Suzy meninggalkan agensi pengurusan JYP Entertainment sekali gus keluar daripada kumpulan Miss A kerana tamat kontrak dan ingin menumpukan perhatian dalam bidang lakonan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain