SELESAI menunaikan ibadah haji, penyanyi Afgan menganggap ia adalah satu keputusan terbaik baginya berangkat ke Tanah Suci Makkah tahun ini.
Kata Afgan atau Afgansyah Reza, 35, dia tidak berfikir panjang apabila hatinya terdetik untuk menunaikan rukum Islam kelima itu.
“Alhamdulillah, saya sudah menyempurnakan ibadah haji. Pengalaman ini merupakan perjalanan rohani yang sangat indah kerana saya berangkat sendiri ke Tanah Suci.
Afgan melalui pengalaman terindah sepanjang menunaikan ibadah haji.
“Dengan niat dan tekad, saya berangkat menunaikan haji dan Alhamdulillah semua prosesnya benar-benar dipermudahkan oleh Allah. Semuanya berjalan lancar,” katanya.
Afgan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.
Menerusi video berkenaan, dia juga memuat naik beberapa klip sepanjang perjalanan di sana.
ARTIKEL BERKAITAN: Banyak projek dengan artis antarabangsa tapi Afgan tak terfikir untuk berhijrah, ada alasan mahu terus berkarya di Indonesia
ARTIKEL BERKAITAN: Afgan berjalan dalam tidur, tak sedar kemas rumah pukul 3 pagi... Sedar-sedar dah peluk vakum
Penyanyi ini turut meluahkan rasa syukur apabila segala urusan dipermudahkan.
“Ia adalah pengalaman sekali dalam seumur hidup dan saya bersyukur kerana dapat menjadi tetamu Allah pada tahun ini.
“Ibadah haji adalah peringatan di mana anda tidak pernah keseorangan selagi Allah bersama anda. Terima kasih atas doa kalian,” ujarnya.
Pada 30 Mei lalu, Afgan memuat naik hantaran di Instastory memberitahu dia berada di Madinah sebelum berangkat ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube