SEORANG wanita ditahan selepas cuba menceroboh kediaman anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook hanya beberapa jam selepas penyanyi berkenaan menamatkan latihan ketenteraan.
Allkpop melaporkan, wanita warga China berusia 30-an itu didakwa beberapa kali cuba memasukkan nombor kod keselamatan pintu kediaman Jungkook di Seoul, Korea Selatan kira-kira pukul 11.20 malam Rabu waktu tempatan.
Jungkook tamat latihan ketenteraan pada 11 Jun.
Dalam masa sama pihak polis mendakwa wanita itu mengaku terbang ke Korea semata-mata ingin berjumpa dengan penyanyi lagu Still With You itu selepas mengetahui penyanyi itu tamat menjalani latihan ketenteraan.
"Saya hanya ingin bertemu dengannya selepas dia (Jungkook) keluar dari latihan tentera," kata suspek.
Pada Rabu, Jungkook dan seorang lagi anggota BTS iaitu Jimin akhirnya berjaya menamatkan latihan ketenteraan yang dijalani selama dua tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Cekap di dapur, Jungkook BTS galas tugas memasak di kem tentera
ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS kecewa peminat bersidai depan rumah, enggan tunjuk potongan rambut sebelum masuk kem tentera
BTS sudah berehat daripada melakukan aktiviti seni sejak 2022 selepas kesemua anggota kumpulan mereka dihantar menyertai latihan ketenteraan.
Ribuan peminat tidak sabar untuk menantikan kepulangan mereka dan anggota terakhir yang dijangka menamatkan latihan ialah Suga iaitu pada 21 Jun ini.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube