suria

Conteng harta awam fitnah BoA, wanita usia 30-an ditahan bantu siasatan

Pihak pengurusan BoA akan ambil tindakan tegas.

SEORANG wanita usia 30-an ditahan pihak polis Korea Selatan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merosakkan harta benda awam. 

Bukan sekadar melakukan vandalisme, malah individu yang dikenali sebagai 'A' itu turut menyerbar fitnah terhadap penyanyi BoA. 

Difaham kegiatan A itu bermula sejak awal Jun lalu dan polis menahannya pada Khamis selepas menerima laporan orang ramai.

Berdasarkan makluman pihak berkuasa, A dikatakan telah menconteng kata-kata fitnah terhadap BoA di 10 lokasi berbeza sekitar bandar Gangnam dan Gwangjin. 

Rakaman CCTV menunjukkan perbuatan A. 

Antara tempat dia melakukan vandalisme termasuk di hentian bas dan papan iklan elektronik. 

Pihak polis berjaya mengesan pergerakan wanita berkenaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV). 

Dia berdepan dua dakwaan iaitu merosakkan harta benda awam dan menyebarkan fitnah. 

ARTIKEL BERKAITAN: 24 tahun bergelar penghibur, BoA luah hasrat tinggalkan dunia muzik 

ARTIKEL BERKAITAN: BoA padam gambar IG selepas umum bersara, terus menyanyi hingga hujung 2025

Susulan penahanan itu, pihak pengurusan BoA iaitu SM Entertinment dalam satu kenyataan memberitahu akan mengambil tidakan saman kerana telah mencemarkan nama baik artis mereka. 

"Menjatuhkan reputasi artis kami dengan menyebarkan fitnah serta maklumat palsu adalah satu kesalahan jenayah. Kami akan bertindak tegas atas perbuatan itu," jelas wakil syarikat. 

Sementara itu peminat BoA yang juga mula menyedari perkara tersebut telah menjalankan kerjasama untuk memadam semua kesan contengan dibuat. 

Malah mereka turut berusaha mengesan jika ada perbuatan A di lokasi yang tidak dirakam CCTV. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain