MENJELANG hari pernikahan anak sulungnya, Al Ghazali, penyanyi Maia Estianty meluahkan kata-kata penuh makna saat mengenang perjalanan hidup mereka bersama.
Biarpun seakan berat untuk melepaskan, namun bagi Maia, 49, kasih sayang seorang ibu tidak akan hilang buat puteranya itu.
Malah pernikahan ini juga seperti satu perpisahan dengan anaknya selepas bercerai dengan bekas suami iaitu komposer Ahmad Dhani.
Maia kongsi foto kenangan bersama anaknya.
"Detik-detik akan melepaskanmu sekali lagi. Sebentar lagi bukan aku yang memimpin tanganmu di pelamin, tetapi cinta dan masa depanmu yang baru.
"Hatiku tetap menggenggam erat semua kenangan... tangisan pertama, langkah kecilmu yang belajar berjalan, tawamu yang dulu memenuhi kebahagiaanku," katanya.
Maia menulis luahan tersebut di Instagram miliknya pada Jumaat beberapa hari sebelum acara perkahwinan Al Ghazali dengan Alyssa Daguise.
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis nikah anak Ahmad Dhani tukar tarikh, undang Presiden Indonesia jadi saksi
ARTIKEL BERKAITAN: Penceraian Ahmad Dhani dan Maia Estianty beri kesan kepada anak, Al Ghazali jadi pendiam tak suka bercakap
Dalam hantaran tersebut dia juga turut berkongsi foto-foto lama bersama anaknya itu sejak kecil.
Maia sempat menitipkan pesanan buat Al Ghazali yang bakal menempuh alam rumah tangga.
"Kini kau berlayar dengan kapal baru, membentuk rumahmu sendiri. Aku tak kehilanganmu, hanya akan melepaskan mu lagi dan lagi.
Alyssa dan Al Ghazali akan bernikah pada 17 Jun.
"Cinta sejati bukan tentang memiliki, tetapi merelakan dengan ikhlas," ungkapnya.
Difahamkan Maia tidak akan hadir di hari pernikahan anaknya itu yang dijangka berlangsung pada 17 Jun ini.
Untuk rekod Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008.
Selain Al Ghazali mereka juga memiliki dua cahaya mata lelaki lain iaitu Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.
Maia kemudian berkahwin dengan Irwan Mussry pada 29 Oktober 2018.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube