suria

Thariq Halilintar timang cahaya mata pertama, pilih nama Ahmad Arash Omara Thariq

Thariq (kiri) bersyukur apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama.

PERSONALITI media sosial Indonesia, Thariq Halilintar memaklumkan isterinya Aaliyah Massaid selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Jumaat.

Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Thariq yang meluahkan rasa syukur kerana bayi lelaki yang dilahirkan berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

Pasangan ini turut sepakat memilih nama Ahmad Arash Omara Thariq yang membawa makna cinta, iman dan harapan.

Thariq (kanan) memaklumkan Aaliyah selamat melahirkan cahaya mata mereka. 

“Kepada anak kesayangan kami Ahmad Arash Omara Thariq, Alhamdulillah akhirnya kamu berada dalam dakapan kami dengan keadaan sempurna dan sihat.

“Kamu adalah dari doa kami yang menjadi kenyataan, tanda rahmat Allah dan amanah kecil kami.

“Dengan ini kami memilih nama tersebut yang membawa maksud cinta, iman dan harapan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Thariq Halilintar dan Aaliyah Massaid bakal timang bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dalam kandungan asyik menendang sampai susah Aaliyah Massaid nak tidur

Thariq berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Thariq menitipkan doa agar cahaya matanya itu membesar menjadi anak yang baik dan disayangi ramai.

“Semoga jejak langkahmu sentiasa mengikuti Rasulullah, semoga menjadi sumber berkat di dunia dan akhirat.

Aaliyah memaklumkan berita kehamilannya pada Januari lalu.

“Kami (Thariq dan Aaliyah) sentiasa mendoakan agar kamu menjadi anak lelaki yang kuat dan baik serta disayangi ramai. Apa yang paling penting dikasihi oleh Allah,” ujarnya.

Untuk rekod, Thariq bernikah dengan Aaliyah pada 26 Julai tahun lalu.

Pada awal Januari lalu, Aaliyah memberi kejutan kepada peminat apabila memuat naik foto memaklumkan dia sedang hamil anak pertama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain