SELEPAS dua kali gagal dalam hubungan cinta, penyanyi Ayu Ting Ting dikhabarkan sedang mengenali hati budi seseorang.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh kedua ibu bapa Ayu iaitu Umi Kalsum dan Abdul Rozak ketika ditemu bual oleh sebuah program televisyen Indonesia.
Umi bagaimanapun enggan mendedahkan identiti lelaki berkenaan kerana ingin membuat kejutan kepada peminat.
Ayu sebelum ini putus tunang dengan seorang anggota tentera Indonesia.
“Biar menjadi kejutan buat semua, nanti kalian tahu juga. Doakan sahaja,” katanya.
Khabar gembira itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen di media sosial termasuk ada yang menjangkakan hubungan cinta yang baru berputik itu bakal berakhir dengan perpisahan.
“Kekasih baru lagi, sudah dua kali asyik tak menjadi (kahwin).
ARTIKEL BERKAITAN: Ayu Ting Ting jawab tuduhan adik bekas tunang, berpisah bukan sebab masalah kewangan
ARTIKEL BERKAITAN: Video mesra tular, netizen dakwa Ayu Ting Ting ‘kekasih gelap’ Raffi Ahmad
“Tunang terus saja, nanti tak jadi kahwin lagi. Akhirnya macam itu juga kisahnya,” tulis netizen.
Untuk rekod, Ayu pernah mendirikan rumah tangga bersama Henry Baskoro Hendarso pada 4 Julai 2013 dan bercerai pada 1 April 2014.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Bilqis Khumairah Razak pada 28 Disember 2013.
Pada 7 Februari 2024, Ayu mengikat tali pertunangan bersama seorang anggota tentera Indonesia berpangkat Kolonel.
Namun, pertunangan mereka hanya bertahan selama lima bulan.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube