ANAK sulung kepada penyanyi Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali sah bergelar suami kepada Alyssa Daguise dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada Isnin.
Kompas melaporkan, Al Ghazali menyerahkan mas kahwin berupa bar emas seberat 16.6 gram bersama wang tunai 2,025 Euro (RM9909.77).
Al Ghazali selamat bergelar suami dengan sekali lafaz dalam majlis ijab kabul yang dilakukan di hadapan penghulu dan saksi.
Dhani (kiri) dan Maia mengiringi Al Ghazali (tengah) sewaktu acara akad nikah berlangsung.
“Saya terima nikah dan kahwinnya Alyssa Paramitha Daguise Richard Vincent Daguise dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai,” katanya.
Difahamkan, majlis akad nikah berlangsung pada pukul 10 pagi dan pasangan pengantin dilihat menggayakan busana rona putih mengikut adat Sunda.
Selain Ahmad Dhani momen pernikahan itu turut dihadiri bekas isterinya, penyanyi Maia Estianty yang memakai pakaian sedondon rona hijau duduk berdampingan menyaksikan hari bahagia anak lelaki mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Majlis bersiram kembali satukan Maia Estianty dan Mulan Jameela, mesra bersalaman lupakan sengketa lama
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi melepaskan, Maia Estianty titip doa buat Al Ghazali
Pada Sabtu, Al Ghazali dan Alyssa menjalani acara siraman yang diadakan di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan.
Untuk rekod, Al Ghazali dan Alyssa sudah menjalin hubungan cinta selama 9 tahun namun mereka pernah berpisah sebelum ini.
Pada 2024, pasangan ini dilaporkan Kembali menjalin hubungan cinta dan mengikat tali pertunangan pada September tahun yang sama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube