suria

Minhyuk tampil mohon maaf, kecewa banyak kecaman sampai libatkan keluarga

Minhyuk sudah tidak tahan terima kecaman.

SEJAK tular gosip kononnya sedang hangat bercinta dengan seorang pempengaruh, ahli kumpulan Monsta X iaitu Minhyuk menerima kecaman hebat kerana didakwa mengabaikan peminat. 

Susulan itu, Minhyuk bertindak membuat permemohon maaf secara terbuka buat kelab peminat  selepas lama mendiamkan diri.

Penyanyi itu juga percaya dia layak menerima kritikan kerana lambat memberi maklum balas sebelum ini. 

Minhyuk buat permohonan maaf buat peminat kumpulan Monsta X.

"Saya benar-benar minta maaf kerana menyebabkan situasi ini kepada Monbebe (kelab peminat), yang menunggu ulang tahun ke-10 kami.

"Saya memohon maaf kerana lambat menangani perkara itu dan mengakui saya sepatutnya bercakap lebih awal dan menegaskan dia tidak pernah berniat untuk mengabaikan peminat," katanya.

Dalam pada itu, Minhyuk berkata dia sudah tidak tahan lagi menerima pelbagai tuduhan yang mencemarkan nama baiknya.

Lebih mengecewakan apabila keluarganya juga turut terkena tempias sehingga perkara itu menjadi satu bebanan yang amat berat. 

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat bengang sudah bayar RM250, Minhyuk (Monsta X) tak balas mesej

ARTIKEL BERKAITAN: Hyungwon (MONSTA X) lebih suka pendam rasa, takut menyesal cerita pada orang salah

"Setiap hari, berpuluh-puluh siaran menuduh saya melakukan perkara yang tidak saya lakukan, menyebarkan maklumat palsu yang tidak mungkin dapat saya tangani satu persatu. 

"Ia amat mengecewakan. Apa yang lebih teruk ialah kritikan dan komen yang penuh kebencian telah sampai kepada keluarga saya.

"Walaupun saya cuba memberitahu diri saya ia adalah sebahagian daripada tugas, ia menjadi terlalu berat untuk saya tanggung," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain