DALAM diam rupanya vokalis FT Island iaitu Lee Hongki menghidap penyakit kulit kronik Hidradenitis Suppurativa selama hampir dua dekad.
Hongki, 35, berkata, dia juga sudah lapan kali menjalani prosedur pembedahan disebabkan penyakitnya itu.
Tambah penyanyi itu, pembedahan tersebut meninggalkan kesan parut sehingga dia mengelak untuk mandi di tempat awam kerana berasa malu.
Hongki sudah jalani lapan pembedahan.
"Saya mengalami bisul sejak kecil dan sudah menjalani lapan pembedahan.
"Disebabkan oleh parut pembedahan, saya mengelak pergi ke rumah mandi awam," katanya.
Hongki berkongsi perkara itu menerusi program My Little Old Boy pada Ahad.
Malah rata-rata komen di media sosial bersimpati dengan nasib Hongki dan berharap penyanyi itu kekal tabah menghadapi penyakit berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Hongki (FT Island) Kesal Dianaktirikan Pihak Pengurusan
ARTIKEL BERKAITAN: Lee Hong Ki Berjanji Mahu Berhenti Merokok
Bercerita lanjut, Hongki sempat mengimbau momen menyedihkan apabila bisulnya pecah semasa berada di dalam kelas sehingga membasahi pakaian sekolahnya dengan darah dan nanah.
Ketika itu Hongki hanya mahu bergegas pulang ke rumah dan enggan ke hospital bagi melakukan pemeriksaan lanjut.
"Pada masa itu, saya tidak terfikir untuk pergi ke hospital, sebaliknya mahu pulang ke rumah saja," ujarnya.
Untuk info HS adalah penyakit kulit radang kronik yang menjejaskan kawasan kelenjar peluh apocrine terutama di bahagian tubuh yang mengalami geseran seperti ketiak, pangkal paha, kawasan kemaluan dan punggung.
Bagaimanapun, ramai dalam kalangan pesakit HS yang diagnosis dan menjalani rawatan agak lewat kerana tersalah anggap ia hanya mengalami masalah bisul dan jerawat.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube