suria

Majlis bersiram kembali satukan Maia Estianty dan Mulan Jameela, mesra bersalaman lupakan sengketa lama

Al Gahzali dilihat berada ditengah-tengah antara ibu bapanya.

PERTEMUAN empat mata penyanyi Maia Estianty dan Mulan Jameela sentiasa dinanti oleh peminat. 

Mana tidaknya, kemelut rumah tangga membuat dua rakan duet itu membawa haluan masing-masing dan tidak lagi dilihat tampil bersama dalam mana-mana acara.

Namun begitu, majlis bersiram anak sulung Ahamd Dhani dan Maia iaitu Al-Ghazali kembali menyatukan dua sahabat itu.

Adegan bersalaman Maia dan Mulan jadi perhatian.

Menerusi video yang tular dapat dilihat Mulan menghulurkan salam kepada Maia sebelum dia duduk di sisi suaminya iaitu Ahmad Dhani.

Malah Maia yang berada di sisi suaminya iaitu Irwan Mussry juga tidak teragak-agak menyambut salam sambil melemparkan senyuman.

Kedua pasangan itu dilihat duduk dengan tenang tanpa menunjukkan reaksi pelik meskipun pertama kali bertemu setelah sekian lama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Maia Estianty tak mungkin berbaik dengan Ahmad Dhani, pesan anak-anak ingat ibu tiri dalam doa

ARTIKEL BERKAITAN: Sekali lagi melepaskan, Maia Estianty titip doa buat Al Ghazali

Tindakan Maia itu sekali gus mendapat pujian ramai yang rata-rata kagum dengan sikap pemaaf dimiliki penyanyi itu.

"Mereka bersalaman seperti tiada masalah, semuanya demi kebahagiaan anak-anak.

"Bagusnya Maia, sudah tidak simpan dendam dengan apa yang berlaku," antara komen netizen.

Maia dan Dhani juga sempat bersalaman.

Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008 berpunca daripada orang ketiga iaitu Mulan.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.

Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan pada 2018 di Masjid Cammi Tokyo, Jepun.

Manakala Mulan dan Ahmad Dhani berkahwin pada 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain