suria

Dianggap masih terbayang kisah silam, Maia Estianty doa rumah tangga Al Ghazali tidak diganggu orang ketiga

Maia (kanan) mendoakan agar perkahwinan anaknya kekal selamanya.

UCAPAN Maia Estianty sebelum majlis pernikahan anak sulungnya, Al Ghazali menarik perhatian ramai apabila penyanyi berkenaan mendoakan agar perkahwinan dibina tidak diganggu oleh orang ketiga. 

Memetik laporan Kompas, Maia berharap pernikahan anak lelakinya itu bersama Alyssa Daguise kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan dilimpahi rasa kasih sayang berpanjangan. 

“Kita berdoa agar pernikahan Al Ghazali dan Alyssa dipermudahkan dan tidak berdepan dengan apa-apa masalah. Semoga semuanya berjalan lancar. 

Ucapan Maia di majlis pernikahan anak lelakinya mendapat perhatian ramai.

“Semoga Allah turunkan para malaikat dan memperkenankan doa kita semua. Semoga perkahwinan ini berpanjangan, bahagia, setia, selalu bernasib baik dan tiada orang ketiga. 

“Semoga kasih sayang antara mereka kekal selamanya hingga ke syurga,” katanya. 

Dalam pada itu, ucapan yang dizahirkan oleh Maia itu menerima pelbagai reaksi netizen yang turut meninggalkan doa sama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis bersiram kembali satukan Maia Estianty dan Mulan Jameela, mesra bersalaman lupakan sengketa lama

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ahmad Dhani selamat bernikah, beri mas kahwin 16.6 gram bar emas dan wang tunai RM9,900

“Doa ibu semoga tiada orang ketiga itu sangat tulus buat anak kesayangan. Semoga perkahwinan Al Ghazali kekal selamanya.

“Maia mendoakan tiada orang ketiga, nampak sangat dia begitu terkesan dengan kisah silam,” tulis netizen. 

Untuk rekod, Maia dan penyanyi Ahmad Dhani bercerai pada 2008 selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga. 

Penceraian pasangan selebriti ini didakwa berpunca daripada kehadiran orang ketiga iaitu penyanyi Mulan Jameela yang pernah menggemparkan industri hiburan.  

Al Ghazali (kiri) bernikah dengan Alyssa pada Isnin.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, Ahmad El Jallaluddin Rumi dan Dul Jaelani.

Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan Mussry pada 2018 di Masjid Cammi, Tokyo, Jepun. 

Manakala Mulan dan Ahmad Dhani berkahwin pada 2009.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain